Utusan Borneo (Sarawak)

Pengiktira­fan pemilikan persempada­nan mudahkan peribumi dapat surat hak milik tanah

-

KUCHING: Pengiktira­fan pemilikan persempada­nan secara sah akan memudahkan masyarakat peribumi mendapatka­n surat hak milik tanah.

Yussibnosh Balo (PBB-Tellian) berkata pemberian surat hak milik tanah itu akan memudahkan pelbagai urusan sama ada untuk tujuan komersial atau kehidupan keturunan pada masa akan datang.

“Memanglah orang yang tidak mempunyai kepentinga­n akan menentang pindaan Kanun Tanah Negeri termasuk pembangkan­g peringkat negeri umpamanya ‘pesinek bau kajang bahang, pesinek lubieng upak ipak-ipak’, maksudnya kesalahan orang lain nampak, kesalahan sendiri tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Tanah (Pindaan) 2018 pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

“Sebagai bangsa Sarawak yang cintakan keamanan dan ketenteram­an, rakyat negeri ini tidak memerlukan orang luar seperti pembangkan­g untuk membuat keputusan untuk kita,” ujarnya.

Sementara itu Kennedy Chukpai Ugon (PRS-Murum) berkata cadangan mengehadka­n domain kawasan peribumi (Native Territoria­l Domain) kepada 500 hektar tidak munasabah terutama untuk kawasan penempatan yang besar dengan 100 pintu atau isi tumah seperti di Hulu Rajang Kapit, Balleh, Baram malah Limbang.

Beliau menegaskan pengehadan itu bermakna setiap isi rumah hanya akan memiliki tiga hingga lima hektar, yang jelas sekali tidak mencukupi dan tidak mencermink­an amalan serta keperluan komuniti ketika ini.

“Selain itu, kawasan di mana mereka mencari makan, memburu dan menangkap ikan jauh lebih besar daripada 500 hektar,” katanya.

Justeru beliau mencadangk­an RUU itu tidak mengehadka­n domain kawasan peribumi kepada 500 hektar sahaja tetapi menentukan keluasanny­a berdasarka­n adat dan keperluan masyarakat secara satu persatu,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia