Utusan Borneo (Sarawak)

Surat hak milik bawah Seksyen 18 Kanun Tanah dianggap lebih baik

-

KUCHING: Surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah sedia ada lebih baik daripada surat hak milik tanah yang dikeluarka­n di bawah Seksyen 6A yang dicadangka­n dalam Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Tanah 2018 disebabkan pelbagai sekatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How yang membahasak­an RUU itu semalam berkata, di bawah Seksyen 6A yang dicadangka­n, masyarakat tidak dapat menuntut Pemakai Menoa dan Pulau Galau atau domain kawasan peribumi atau adat peribumi lain yang sama, termasuk ‘tempat cari makan’ bagi masyarakat peribumi Melayu.

“Mungkin Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas tidak memberi taklimat sepenuhnya mengenai implikasi Seksyen 6A, berhubung domain kawasan peribumi,” katanya.

Menurutnya, di bawah RUU Kanun Tanah (Pindaan) 2018, ia akan membawa dua isu kepada masyarakat Kampung Lebor yang telah membuktika­n kewujudan hak adat peribumi mereka di atas tanah yang mereka panggil Pemakai Menoa lebih daripada 5,000 hektar di mahkamah.

Masyarakat Kampung Lebor, katanya layak mendapat geran tanah kekal untuk kawasan itu tanpa bayaran sewa premium dan caj lain di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah.

“Di bawah rang undangunda­ng tersebut,, masyarakat itu hanya dibenarkan memiliki maksimum 500 hektar tanah untuk domain kawasan peribumi (NTD) mereka,” kata See.

Kedua, kawasan seluas 500 hektar untuk kawasan yang dituntut sebagai NTD untuk sebuah masyarakat seperti Kampung Lebor, dengan lebih daripada 250 keluarga, beliau berkata akan lebih bermakna jika setiap keluarga mempunyai kurang daripada dua hektar tanah sebagai bahagian mereka daripada NTD.

“Ini sudah pasti tidak mencukupi untuk keluarga jika mereka mempunyai sepuluh ahli untuk menanam padi atau tanaman kontan untuk sara hidup mereka,” katanya.

“Oleh itu, adalah salah bagi Timbalan Ketua Menteri (Datuk Amar Douglas Uggah Embas) untuk mengkritik rang undang-undang anggota persendiri­an yang dibawa ke Rumah Agung ini oleh Ahli Ba’Kelalan ( Baru Bian),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia