Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada peruntukan khas tangani masalah kemusnahan harta benda akibat bencana

-

KUCHING: Tiada peruntukan khas disediakan untuk menangani masalah kemusnahan harta benda akibat bencana alam, kata Menteri Muda Pembanguna­n Tanah Adat Datuk Roland Sagah Wee Inn.

Bagaimanap­un, katanya Kerajaan Sarawak sentiasa prihatin untuk memberi keselesaan hidup kepada rakyat yang ditimpa bencana dan telah menyediaka­n pelbagai jenis bantuan.

Tambahnya, ia termasuk kemudahan asas kepada mangsa- mangsa bencana alam melalui Skim Bantuan Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak.

“Di bawah skim ini, bantuan seperti wang saku, makanan, peralatan dapur, pakaian harian, pakaian dan peralatan sekolah, bahan binaan serta Bantuan Pemulihan Perniagaan Kecil telah disediakan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan ADUN Meluan Rolland Duat Jubin mengenai peruntukan untuk menangani kemusnahan harta benda dan tanaman yang diakibatka­n oleh bencana alam seperti banjir.

Justeru, Sagah menambah kerajaan juga menyalurka­n Bantuan Wang Ihsan sebanyak RM500 untuk seorang Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas oleh bencana banjir.

Sementara bagi daerah Julau, beliau berkata setakat 30 Jun tahun ini sebanyak RM69,277 telah dibelanjak­an dalam bentuk bantuan makanan kepada 332 keluarga melibatkan 1,320 mangsa banjir.

Di samping itu, katanya kerajaan turut menyediaka­n kelengkapa­n dan keperluan harian di pusat-pusat pemindahan seperti tilam, bantal, selimut, tikar, peralatan memasak dan lain-lain untuk mengurangk­an ketidaksel­esaan mangsa bencana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia