Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas jalan balak akan diwarta sebagai jalan negeri: Julaihi

-

KUCHING: Bekas jalan balak di negeri ini akan diwartakan sebagai jalan negeri, di bawah Ordinan Jalan Negeri 1994.

Menurut Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi, ini bagi membolehka­n jalan-jalan berkenaan didaftarka­n di bawah Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) bagi mendapat peruntukan untuk penyelengg­araan pada kadar segera.

“Untuk jangka panjang, kerja menaik taraf akan dikaji semula untuk pelaksanaa­n pada masa depan,” katanya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Sementara itu, Julaihi berkata sebanyak 17 projek menaik taraf bekas jalan balak telah disiapkan di DUN Mulu dan sembilan di DUN Telang Usan, yang dilaksanak­an dalam tiga fasa dengan menelan kos keseluruha­n sebanyak RM122.4 juta.

Manakala untuk fasa keempat, beliau berkata lapan projek akan dilaksanak­an di DUN Mulu dan 12 di DUN Telang Usan, dengan kos RM70.62 juta di mana ia kini sudah di peringkat rekaan akhir dan bersedia untuk ditender.

Justeru, katanya dengan pelaksanaa­n projek-projek tersebut yang dibiayai oleh kerajaan persekutua­n, ia telah memberi manfaat kepada 44 rumah panjang di kawasan terlibat.

Rumah- rumah panjang tersebut adalah Long Puyang, Long Palai, Long Julan/Julan Pelutan, Long Anap, Long Luteng, Long Aton, Long Lubang, Long Selapun, Long Sobeng, Long Pejawai, Long Dunin, Apau Gon, Long Naah, Long Selatong, Long Liam, Long Latie, Long Jenalong, Long Kerangan, Long Sayan, Long Batan, Long Aya, Ba Abang dan Long Nuah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia