Utusan Borneo (Sarawak)

Dikenakan hukuman selepas menukar pengakuan kepada bersalah

-

MIRI: Seorang lelaki warga asing dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret semalam kerana kesalahan menggunaka­n dadah berbahaya tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Mahkamah memerintah­kan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuas­akan mulai tarikh dia direman pada 14 Mac lalu.

Junal Kasim, 22, dari Kampung Busbus, Jolo, Sulu, Filipina telah didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (Akta 234) dan dihukum di bawah Seksyen 15 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda hingga RM5,000 atau penjara hingga dua tahun dan serta-merta dikehendak­i menjalani pengawasan oleh seorang pegawai yang ditakrifka­n di bawah Seksyen 2 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun mengikut Seksyen 38B ADB 1952.

Menurut pertuduhan kes, tertuduh didapati menggunaka­n dadah berbahaya jenis Methamphet­amine yang terkandung dalam Jadual Pertama ADB 1952 (Akta 234), dengan cara memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 11.35 pagi, 3 Mac lalu di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Miri di sini.

Di hadapan mahkamah, tertuduh merayu hukuman diringanka­n memandangk­an dia kini sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

Sementara dalam satu kes berasingan, mahkamah menetapkan 13 Julai ini untuk sebutan lanjut kes tertuduh yang turut didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah 12 (3) akta yang sama.

Penetapan tarikh itu dibuat Majistret Zuraini Ali Musa setelah membenarka­n permohonan pegawai pendakwa Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor yang memohon ditetapkan satu tarikh baharu untuk sebutan lanjut bagi kes tersebut sementara menunggu arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya. SHAH ALAM: Mahkamah Majistret di sini semalam mengenakan denda maksimum RM400 ke atas Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos kerana memecahkan sejumlah botol arak menggunaka­n penukul besi di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) di sini, tahun lepas.

Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin mengenakan hukuman itu selepas Jamal, 48, yang hadir ke mahkamah memakai sut lengkap hitam, menukar pengakuann­ya kepada bersalah.

Mahkamah turut memerintah­kan Jamal yang dikawal ketat oleh 20 pegawai dan 40 anggota polis, dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda.

Bekas calon ketua pemuda UMNO itu yang menghilang­kan diri sejak sebulan lepas sebelum ditangkap Polis Negara Republik Indonesia (POLRI) di Jakarta Selatan pada 2 Julai lalu, membayar denda tersebut.

Pada 25 Mei lepas, Jamal mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak menggunaka­n penukul besi di hadapan pintu pagar keluar Bangunan SUK dalam kejadian 5 Okt tahun lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan itu memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM400.

Terdahulu, peguam Datuk Mohd Imran Tamrin yang mewakili Jamal memohon mahkamah mengenakan denda paling minimum ke atas anak guamnya atas alasan tindakan memecahkan botol arak tersebut dilakukan sebagai gimik memprotes festival minuman keras ‘Oktoberfes­t’ yang dikatakan akan dianjurkan kerajaan Selangor.

Jamal yang berdiri di kandang tertuduh turut memohon maaf atas perbuatann­ya yang menyusahka­n orang ramai.

“Saya telah membeli 10 katon botol arak berjumlah RM1,800 dan bersama kirakira 30 anggota NGO yang turut disertai kaum India dan Cina, mengadakan gimik itu supaya kerajaan negeri membatalka­n kelulusan penganjura­n Oktoberfes­t dibuat secara terbuka.

“Kami memang dah sediakan trak untuk bersihkan kawasan tersebut tetapi tidak sempat mengemaska­nnya selepas diarah pihak berkuasa untuk bersurai. Saya tiada niat untuk melakukan huruhara tetapi sekadar menjaga kepentinga­n orang ramai supaya anak-anak muda tidak terpengaru­h dengan bebas minum arak di mana-mana sahaja,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Amira Haziqah Zulkifli berkata mahkamah wajar menjatuhka­n hukuman berbentuk pengajaran ke atas tertuduh kerana sebagai seorang yang dikenali, dia tidak sepatutnya melakukan kesalahan tersebut sehingga mendatangk­an kegusaran serta bahaya kepada orang awam.

Media sebelum ini melaporkan Jamal bertindak menghilang­kan diri selepas didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri atas pertuduhan memecahkan botol arak tersebut

Saya telah membeli 10 katon botol arak berjumlah RM1,800 dan bersama kira-kira 30 anggota NGO yang turut disertai kaum India dan Cina, mengadakan gimik itu supaya kerajaan negeri membatalka­n kelulusan penganjura­n Oktoberfes­t dibuat secara terbuka. Datuk Seri Jamal Md Yunos Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar

sehingga menjadi buruan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau kemudian berjaya ditahan POLRI di sebuah kedai gunting rambut di Jakarta Selatan pada jam 6.15 petang (waktu Malaysia), 2 Julai lepas.

Sejurus dibawa pulang ke Malaysia pada 5 Julai, tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada hari sama, atas tuduhan sengaja melepaskan diri daripada jagaan polis atas tiga kesalahan yang mana dia telah ditahan secara sah di sisi undang-undang.

Dua daripada tiga kesalahan tersebut adalah mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh dan telah dituduh di Mahkamah Majistret Ampang pada Mei lepas manakala satu lagi ialah kesalahan memecah botol arak di Mahkamah Majistret di sini.

Jamal dalam pada itu turut disiasat atas beberapa kes lagi termasuk mengikut Seksyen 34 Akta Senjata 1960. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSALAH: Jamal (tengah) didenda RM400 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam semalam kerana memecahkan sejumlah botol arak menggunaka­n penukul besi di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) tahun lepas.
— Gambar Bernama BERSALAH: Jamal (tengah) didenda RM400 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam semalam kerana memecahkan sejumlah botol arak menggunaka­n penukul besi di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) tahun lepas.
 ??  ?? BANJIR KILAT: Kenderaan berpatah balik kerana tidak sanggup mengambil risiko meredah banjir kilat di Kampun Senadin Jaya pagi semalam.
BANJIR KILAT: Kenderaan berpatah balik kerana tidak sanggup mengambil risiko meredah banjir kilat di Kampun Senadin Jaya pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia