Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysiaki­ni dapat kebenaran merayu

-

PUTRAJAYA: Malaysiaki­ni semalam diberi kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintah­kan portal berita itu membayar ganti rugi RM200,000 kepada Raub Australian Gold Mine (RAGM) berhubung penerbitan artikel dan video berunsur fitnah, enam tahun lalu.

Keputusan sebulat suara itu diputuskan oleh panel tiga hakim Mahkamah Persekutua­n diketuai Tan Sri Zainun Ali yang bersidang bersama Tan Sri Azahar Mohamed dan Tan Sri Aziah Ali.

Zainun berkata portal berita itu telah memenuhi Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk rayuannya didengar pada satu tarikh lain.

Beliau berkata persoalan undang-undang untuk didengar dan ditentukan oleh Mahkamah Persekutua­n akan menumpukan kepada pembelaan terhadap pelaporan dan isu-isu ganti rugi.

Beliau meminta supaya 14 persoalan undang- undang yang dikemukaka­n disusun semula untuk ditentukan oleh mahkamah apex.

Pada 11 Jan lalu, Mahkamah Rayuan mengetepik­an keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan mengarahka­n Malaysiaki­ni dan tiga defendan lain membayar ganti rugi RM200,000 kepada RAGM dan RM150,000 sebagai kos perundanga­n.

Mahkamah Rayuan mendapati tiga artikel dan dua video yang diterbitka­n pada 2012 berkaitan aktiviti perlombong­an emas oleh RAGM di Bukit Koman, Pahang, tidak seimbang dan sepihak kerana tidak menyertaka­n pandangan balas Jabatan Alam Sekitar, Kementeria­n Kesihatan dan Jabatan Tanah dan Galian.

Pada 23 Mei 2016, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak tuntutan RAGM terhadap Malaysiaki­ni serta tiga defendan lain yang menjadi anggota sidang pengarang portal berkenaan.

Malaysiaki­ni diwakili oleh peguam Datuk Dr Cyrus Das, James Khong dan Syahredzan manakala RAGM oleh peguam Tan Sri Cecil Abraham dan Sunil Abraham. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia