Utusan Borneo (Sarawak)

Jho Low dipercayai lari dari Macau

-

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Low Taek Jhow atau Jho Low yang sedang diburu berhubung siasatan skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad ( 1MDB) dipercayai telah melarikan diri dari Macau.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya menerima maklumat itu menerusi e- mel daripada pihak berkuasa negara berkenaan tiga hari lepas, namun destinasi seterusnya tidak diketahui.

Notis merah bagi memohon bantuan negara lain melalui Polis Antarabang­sa ( Interpol) menerusi saluran diplomatik telah dihantar pada Jun lepas, katanya ketika ditemui pada sidang media program derma darah sempena peringatan Hari Polis ke- 211 di sini, semalam.

Katanya PDRM telah menghantar pasukan ke Hong Kong bagi menjejaki Jho Low setelah dimaklumka­n pihak berkuasa di sana, namun sebaik tiba, suspek dipercayai telah melarikan diri ke Macau melalui jalan laut.

Pada 5 Julai lepas, polis mengesahka­n Jho Low yang sedang diburu berhubung siasatan skandal 1MDB sudah melarikan diri ke Macau.

Kelmarin, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata Jho Low dipercayai menggunaka­n pasport negara lain berikutan pembatalan pasportnya pada 15 Jun lepas atas permohonan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) kerana suspek diperlukan bagi membantu siasatan.

Selain itu, Mohamad Fuzi berkata, pihaknya menyasarka­n seramai 400 anggota PDRM akan menderma darah semalam berbanding 342 pada program sama tahun lepas.

Terdahulu, beliau menyampaik­an sijil dan wang sagu hati kepada tiga anggota polis yang paling banyak menderma darah sepanjang hayat mereka.

Turut hadir Pengarah Pusat Darah Negara Dr Noryati Abu Amin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia