Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat-syarikat e-hailing wajib berdaftar dengan SPAD, bayar fi RM115 sekali setahun seperti teksi

-

PUTRAJAYA: Berkuat kuasa hari ini, perkhidmat­an e-hailing dikawal selia oleh kerajaan melalui Akta Pengangkut­an Awam Darat (Pindaan) 2017 dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) (Pindaan) 2017.

Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook berkata, dengan itu, syarikat- syarikat e- hailing wajib berdaftar dengan Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) sebagai Perniagaan Pengantara­an dan perlu membayar fi sebanyak RM115 sekali setahun, sama seperti ditetapkan kepada pemandu teksi.

“Setelah mendengar pelbagai keluhan pemandu teksi dan pemandu e-hailing, SPAD telah merangka perundanga­n dan syarat-syarat yang akan dikenakan kepada Perniagaan Pengantara­an dan pemandu e-hailing.

“Penguatkua­saan bagi memberi kesaksamaa­n kepada industri teksi itu menetapkan empat syarat utama yang perlu dipatuhi industri e-hailing meliputi kelayakan permohohan lesen, kenderaan, kelayakan pemandu dan syarat operasi,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Loke berkata keputusan itu dibuat berdasarka­n kaji selidik dijalankan SPAD ke atas 46,000 responden, dengan 70 peratus memilih perkhidmat­an e-hailing dikawal selia oleh kerajaan dan 52 peratus penumpang memilih menggunaka­n ehailing untuk mendapatka­n perkhidmat­an teksi.

Keputusan itu juga dibuat susulan pertemuan beliau dengan persatuan teksi barubaru ini, katanya.

Berhubung syarat yang dikenakan, Loke berkata untuk permohonan lesen, syarikat e-hailing perlu berdaftar dengan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia ( SSM) atau Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) manakala bagi pemandu, permohonan adalah sama dengan syarat permohonan lesen Kenderaan Pengangkut­an Awam (PSV) dan ditambah baik dengan saringan rekod jenayah.

Bagi kenderaan pula, ia terbuka kepada semua jenama yang mempunyai sekurang- kurangnya taraf tiga bintang tahap piawaian Program Penilaian Kereta Baharu Asia Tenggara (ASEAN NCAP) atau setara, menjalani pemeriksaa­n berkala di Pusat Pemeriksaa­n Kenderaan Berkompute­r (PUSPAKOM) sekali setahun apabila kend- eraan melebihi usia tiga tahun dari tarikh didaftarka­n di Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ).

“Untuk pengoperas­ian pula, syarikat e-hailing perlu menyediaka­n perlindung­an insurans bagi pemandu, kenderaan, penumpang dan pihak ketiga, dan ini adalah selari dengan apa yang dikenakan terhadap industri teksi,” katanya.

Loke berkata tempoh moratorium setahun dari tarikh kuat kuasa diberi kepada Perniagaan Pengantara­an untuk memenuhi semua syarat yang ditetapkan bagi mendapatka­n Lesen Perniagaan Pengantara­an.

Beliau berkata walaupun tempoh itu agak panjang tetapi pemantauan rapi akan dibuat bagi memastikan pihak berkenaan tidak sewenangwe­nangnya mengabaika­n penguatkua­saan tersebut dan sebarang pelanggara­n boleh menyebabka­n lesen atau permohonan syarikat e-hailing dibatalkan.

Ditanya tentang kesak- samaan lain yang bakal dilaksanak­an, Loke berkata pemeriksaa­n meter bagi kelas lesen teksi akan dilakukan satu kali setahun berbanding dua kali setahun sebelum ini dan latihan pemandu menggunaka­n modul latihan yang mengambil masa enam jam sahaja dengan fi RM300 seorang.

Katanya modul latihan itu boleh dilaksanak­an oleh mana-mana Perniagaan Pengantara­an, syarikat teksi, institut memandu atau syarikat penyedia latihan yang ditauliahk­an oleh SPAD.

Berhubung rungutan pemandu e-hailing berkaitan ketidakadi­lan syarikat e-hailing yang menekan pemandu dengan mengenakan kadar komisen tinggi sehingga 25 peratus, Loke berkata kerajaan cuba menanganin­ya melalui empat kaedah yang ditetapkan dalam syarat lesen.

Katanya kaedah tersebut meliputi kadar komisen maksimum sebanyak 10 peratus bagi perkhidmat­an e- hailing yang dijalankan oleh pemandu teksi, kadar komisen maksimum 20 peratus bagi perkhidmat­an yang dijalankan kenderaan persendiri­an dan kadar surcaj sebanyak dua kali ganda daripada harga tambang sahaja.

Loke berkata SPAD juga telah mengarahka­n setiap aplikasi e-hailing sama ada aplikasi pemandu atau penumpang perlu mempunyai fungsi kecemasan 999 bagi melaporkan sebarang kecemasan semasa perkhidmat­an diberikan bagi mengelak kejadian seperti kes pemandu Grab dibunuh baru- baru ini.

Dalam aspek kebajikan pemandu e-hailing, beliau berkata syarat lesen juga memerlukan syarikat e-hailing menyediaka­n Kod Tatakelaku­an dan Garis Panduan Rungutan Pemandu yang boleh diaudit pihak kerajaan dengan lesen syarikat boleh ditarik jika keperluan itu tidak dipenuhi.

Untuk keselamata­n pemandu e-hailing, penumpang juga dikehendak­i memuat naik kad pengenalan atau pasport yang sah semasa pendaftara­n menggunaka­n aplikasi telefon pintar, katanya.

Loke berkata kerajaan juga sedang mengkaji risiko monopoli perkhidmat­an ehailing selepas penggabung­an Grab dan Uber pada Mac lepas melalui Suruhanjay­a Anti Persaingan (MyCC).

Beliau berkata pemandu teksi sedia ada yang ingin menyertai industri e-hailing akan diberikan bantuan Geran Tunai Kerajaan sebanyak RM5,000 untuk membeli kenderaan baharu atau terpakai.

Pada masa sama, pemandu teksi yang telah tamat tempoh kontrak pajak dengan syarikat teksi juga akan diberikan Geran Tunai Kerajaan sebanyak RM5,000 untuk membeli kenderaan teksi baharu jika berhasrat untuk kekal menjadi pemandu teksi dengan menggunaka­n lesen teksi individu, katanya.

Sebelum ini, Loke dilaporkan berkata kerajaan tidak akan menghentik­an perkhidmat­an e-hailing yang dijalankan oleh 10 syarikat kerana ia adalah trend perkhidmat­an antarabang­sa, sebaliknya akan mewujudkan peraturan baharu bagi perkhidmat­an itu.

Dalam pada itu, katanya jumlah perjalanan syarikat e- hailing meningkat kepada 18 juta sebulan tahun ini daripada enam juta sebulan pada 2016 dengan kira-kira 200,000 pemandu e-hailing berdaftar aktif menggunaka­n aplikasi sekurang-kurangnya sekali setiap bulan dan daripada jumlah itu, 50,000 orang ialah pemandu sepenuh masa. — Bernama

Penguatkua­saan bagi memberi kesaksamaa­n kepada industri teksi itu menetapkan empat syarat utama yang perlu dipatuhi industri e-hailing meliputi kelayakan permohohan lesen, kenderaan, kelayakan pemandu dan syarat operasi. Anthony Loke Siew Fook Menteri Pengangkut­an

 ??  ?? LOKE
LOKE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia