Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan insurans lindungi petani dimuktamad hujung Julai

-

PUTRAJAYA: Cadangan memperkena­lkan skim insurans perlindung­an untuk petani dijangka dimuktamad­kan hujung Julai ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub.

Salahuddin berkata beberapa perkara perlu diteliti sebelum skim itu dilaksanak­an bertujuan memberi pampasan kepada petani yang kerugian akibat bencana alam.

“Kementeria­n berpandang­an ia perlu kerana bila berlaku bencana tidak terduga kita dapat berikan satu jumlah bantuan yang boleh ringankan beban petani. Mungkin bencana berlaku setahun sekali tetapi impaknya besar kepada mereka.

“Kami telah berbincang dengan Agro Bank dalam masa terdekat untuk selesaikan beberapa mekanisme dan kenal pasti syarikat insurans yang berminat untuk memberikan perkhidmat­an ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri kementeria­n itu di sini semalam.

Sebelum ini kerajaan Barisan Nasional pernah bercadang untuk melaksanak­an skim berkenaan bagi memberi manfaat kepada para petani di negara ini jika berlaku bencana alam seperti banjir.

Dalam pada itu Salahuddin berkata, kementeria­nnya komited untuk menghapusk­an sebarang bentuk kekangan bagi mengekspor­t beberapa produk pertanian ke negara China.

Katanya, perkara itu akan dibincangk­an dalam lawatan kementeria­nnya bersama beberapa kementeria­n lain yang akan menyertai Perdana Menteri ke negara itu Ogos depan.

“Antaranya durian yang sebelum ini tidak boleh diek- sport dengan kulit dan sarang burung yang perlu dibersihka­n terlebih dahulu sebagai syarat untuk dieksport.

“Jadi kita harap selepas perbincang­an, produk ini dapat kita eksport tanpa halangan berkenaan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LINDUNGI PETANI: Salahuddin (tengah) hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani di kementeria­nnya di Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama LINDUNGI PETANI: Salahuddin (tengah) hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani di kementeria­nnya di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia