Utusan Borneo (Sarawak)

GST: KPDNKK tidak layan alasan remeh

-

KUALA TERENGGANU: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an ( KPDNKK) Terengganu tidak akan melayan alasan remeh peniaga yang gagal mematuhi peraturan berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

Pengarhnya Saharuddin Mohd Kia berkata, antara alasan yang diberi peniaga ialah kelemahan di peringkat pekerja mereka sendiri namun KPDNKK Terengganu tetap mengambil tindakan agar perkara seumpama itu tidak berulang lagi pada masa akan datang.

“Ada juga yang masih mengenakan cukai enam peratus, ada kes di mana pembeli membayar harga yang tidak sama seperti harga yang dipaparkan malah ada harga barangan yang meningkat walaupun cukai GST telah diubah kepada sifar peratus.

“Untuk itu, KPDNKK Terengganu telah mengeluark­an 39 notis Seksyen 53A, 14 Notis Seksyen 21 dan mengeluark­an notis amaran kepada peniaga untuk seg- era membetulka­n kesilapan tersebut,” katanya kepada pemberita pada Majlis Aidilfitri KPDNKK Terengganu di sini semalam.

Katanya, bagi tempoh 1 Jun hingga 5 Julai lalu, sebanyak 26 kes berkaitan dikesan daripada 1,281 premis yang diperiksa.

“Pemeriksaa­n diadakan di pasar raya, kedai runcit dan pasar mini melibatkan 47,523 barangan seperti pakaian, produk kecantikan dan kesihatan, buku dan alat tulis, barangan runcit, makanan dan minuman.

“Kuala Terengganu merekodkan kesalahan paling tinggi iaitu 20 kes, diikuti Kemaman dengan lima kes dan satu kes di Dungun,” katanya.

Saharuddin dalam pada itu memuji keprihatin­an pengguna di Terengganu yang semakin cakna dengan hal ehwal kepengguna­an dan berharap mereka akan terus menjadi mata dan telinga KPDNKK Terengganu untuk bersama-sama memastikan semua peniaga mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BINCANG: Sultan Nazrin (kiri) berkenan berbincang dengan Ahmad Faizal sebelum mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-249 di Istana Negara semalam.
— Gambar Bernama BINCANG: Sultan Nazrin (kiri) berkenan berbincang dengan Ahmad Faizal sebelum mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-249 di Istana Negara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia