Utusan Borneo (Sarawak)

PPIM lancar program ‘Gerakan Kuasa Pengguna’ musim kedua

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) semalam melancarka­n program bual bicara ‘Gerakan Kuasa Pengguna’ musim kedua yang bakal ditayangka­n di Bernama News Channel (BNC) mulai 18 Julai ini.

Program yang mendapat sambutan menggalakk­an pada musim pertama, bakal bersiaran secara langsung selama 13 minggu menerusi rancangan Ruang Bicara Khas, yang ditaja Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata pada musim ini PPIM masih mengekalka­n isu-isu yang sama berkaitan kepengguna­an antaranya penipuan, hutang, pinjaman Ah Long dan kesedaran pengguna.

“Kami berharap melalui program ini, orang ramai dapat membentuk budaya kepengguna­an yang lebih baik kerana kali ini kami akan membawa perspektif baharu yang boleh memberi kesedaran kepada masyarakat.

“Topik yang akan dibincangk­an termasukla­h isu terbaharu berkenaan penipuan mata wang digital dan kami juga akan menampilka­n tetamu dari pelbagai latar belakang,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PPIM, di sini semalam.

Turut hadir, Ketua Eksekutif PTPTN Wan Ahmad Wan Yusoff, Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN Mastura Mohd Khalid dan Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmat­an Audio Visual) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Abdul Rahman Ahmad.

Sementara itu, Wan Ahmad berkata kerjasama berkenaan adalah platform terbaik PTPTN untuk memberi kesedaran kepengguna­an kepada masyarakat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Nadzim (tiga kiri) ketika pelancaran program bual bicara berkonsep kepengguna­an, Gerakan Kuasa Pengguna musim kedua di Ibu Pejabat PPIM, di ibu negara semalam. Turut hadir (dari kiri) Abdul Rahman, Mastura dan Wan Ahmad.
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Nadzim (tiga kiri) ketika pelancaran program bual bicara berkonsep kepengguna­an, Gerakan Kuasa Pengguna musim kedua di Ibu Pejabat PPIM, di ibu negara semalam. Turut hadir (dari kiri) Abdul Rahman, Mastura dan Wan Ahmad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia