Utusan Borneo (Sarawak)

The Foxes tunai impian Mahrez berpindah ke Manchester City

-

LONDON, England: Pemain antarabang­sa Algeria, Riyad Mahrez, mengesahka­n perpindaha­n ke Manchester City Selasa lepas, dengan kelab juara Liga Perdana Inggeris itu membayar satu laporan rekod kelab bernilai 80 juta pound untuk pemain sayap itu.

Ia hadir tujuh bulan selepas City enggan membayar tuntutan 80 juta pound oleh kelab Leicester City, selepas menawarkan 50 juta termasuk pemain sayap muda, Patrick Roberts, yang bernilai sekitar 15 juta.

Kali ini, Leicester berkata mereka telah menjual Mahrez dalam rekod kelab.

Pemain berusia 27 tahun – yang membantu Leicester mencipta kejutan apabila muncul juara Liga Perdana Inggeris pada 2016 – menandatan­gani kontrak lima tahun di City.

“Saya berasa sangat gembira untuk menyertai City, sebuah pasukan yang bermain dengan hebat di bawah (bimbingan) Pep Guardiola,” kata Mahrez ketika memberitah­u laman sesawang rasmi Manchester City.

“Melihatmer­ekabermain­dari jauh sudah menggembir­akan.

“Pep komited dengan bola sepak menyerang, yang mana ia adalah sempurna bagi saya, dan prestasi City musim lepas adalah luar biasa.”

Mahrez, yang berasa sangat kecewa kerana tidak dapat berpindah ke City pada bulan Januari di mana beliau tidak mahu bermain pada dua perlawanan, berkata kelab baharunya telah “merevolusi” bola sepak di England.

“Mereka memperbaik­i lagi bola sepak Inggeris dan saya mahu menjadi sebahagian daripadany­a,” kata Mahrez.

“Saya fikir kami boleh berjaya dalam beberapa tahun akan datang dan saya percaya permainan saya boleh meningkat di bawah pengurusan Pep.”

Pengarah bola sepak City, Txiki Begiristai­n berkata kualiti serangan Mahrez boleh menambah lagi kelebihan dalam skuad yang sudah memiliki jentera serangan hebat seperti Kevin de Bruyne, Leroy Sane dan Sergio Aguero.

“Riyad adalah pemain yang sangat berbakat. Beliau melepasi pemain pertahanan lawan dan mencipta ruang,” kata Begiristai­n.

“Sepanjang tahun lepas, beliau telah meletakkan dirinya sebagai salah seorang pemain paling menarik dalam Liga perdana.

“Kami pasti beliau akan membawa tambahan kualiti serangan dalam skuad.”

Leicester memberikan penghargaa­n tinggi kepada Mahrez.

“Sepanjang empat tahun setengah sejak Riyad tiba di Leicester, beliau bermain dengan baik sehingga memenangi hati semua penyokong kelab,” kata satu kenyataan kelab. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia