Utusan Borneo (Sarawak)

Peminat sedar masa semakin hampir untuk anjur Piala Dunia 2022 di Qatar

-

DOHA, Qatar: Dalam tempoh empat tahun lagi, Stadium Antarabang­sa Khalifa di Qatar akan menganjurk­an satu perlawanan suku akhir Piala Dunia tetapi Selasa lepas, ia hanya ‘ menganjurk­an’ tayangan skrin gergasi.

Kira- kira 4,500 orang hadir di zon peminat stadium ketika ia menayangka­n perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2018 di mana Perancis menewaskan Belgium 1- 0 dan menyedari masa semakin hampir untuk penganjura­n Piala Dunia 2022 di Qatar.

Atef, seorang penduduk tempatan berusia 30 tahun yang menyokong Belgium, berkata beliau berasa gembira menonton Piala Dunia 2018.

“Ia sangat kompetetif, ia menjadikan semuanya lebih menarik dan untuk melihat sesuatu yang baharu dalam Piala Dunia,” kata beliau.

Tetapi beliau meragui kejayaan yang tidak diramalkan dari penganjur Rusia, telah memberikan lebih banyak tekanan ke atas Qatar untuk menyamai atau mengatasi kejayaan itu.

“Secara jujurnya, ya, ada banyak tekanan. Ini adalah Piala Dunia yang pertama di Timur Tengah,” kata Atef.

“Ia bukan hanya sangat besar untuk Qatar, ia sangat besar untuk rantau ini.”

Perlawanan ini menarik perhatian dari semua yang berada di Doha, kebanyakan­nya lelaki tetapi ada juga kehadiran keluarga dan wanita.

Peminat dari Qatar, Kenya, Bangladesh, India, Pakistan, bersorak, meraung dan melompat ketika menonton perlawanan separuh akhir pertama itu.

Penjual bertih jagung dan minuman ringan juga bergerak di kalangan penonton dan orang ramai masih tiba 30 minit selepas sepak mula perlawanan.

Stadium dilengkapi penghawa dingin dan perlu dipasang kerana cuaca di Doha pada musim panas melebihi 40 darjah Selsius walaupun melepasi jam 9 malam waktu tempatan.

Ia jelas Belgium menjadi pilihan utama di Stadium Khalifa – walaupun ada beberapa peminat dengan jersi Perancis – tetapi perlawanan juga mendapat perhatian dunia.

Seorang peminat dari India, Pooja, mengakui beliau tidak begitu suka dengan bola sepak tetapi berasa tertarik dengan temasya empat tahun sekali itu.

Mohamed, seorang guru tempatan yang hadir untuk menonton bersama keluargany­a, turut memikirkan kejohanan yang akan dianjurkan oleh Qatar.

“Saya fikir kami boleh menganjurk­annya lebih bagus berbanding Rusia kerana ada lebih banyak temasya sukan besar sebelum itu,” kata beliau.

Bidaan Piala Dunia Qatar dilanda beberapa kontrovers­i kerana dakwaan melakukan rasuah, penganiaya­an hak asasi manusia dan isu minuman keras apabila 1.5 juta peminat dijangka akan tiba di Doha pad 2022.

Qatar, sebuah negara Islam, bukan sebuah negara dengan peraturan ketat tetapi ia mempunyai peraturan khusus mengenai pembelian minuman keras.

Minuman keras tetap akan dijual pada kejohanan itu tetapi perancanga­nnya ialah ia hanya dijual di zon tertentu sahaja. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia