Utusan Borneo (Sarawak)

Bintulu Rangers dan Ei8th United juara futsal Piala ADUN Samalaju

-

BINTULU: Skuad Bintulu Rangers muncul juara Kejohanan Futsal Terbuka Lelaki Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju Majang Renggi yang berlangsun­g

pada 6 hingga 8 Julai lalu di Stadium Muhibah Bintulu.

Kemenangan itu melayakkan skuad itu membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500, piala, medal dan baucar.

Naib juara disandang oleh Sinar Cahaya yang membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, piala, medal dan baucar.

Tempat ketiga diraih skuad BIF yang menerima hadiah wang tunai RM500, piala, baucar dan medal, manakala tempat keempat disandang oleh Twister MZJ yang menerima

hadiah wang tunai RM250 dan baucar.

Juara kategori wanita pula menjadi milik Ei8th United, naib juara Polycats FT, ketiga F10 United dan keempat KSR Dysco Sibu.

Juara hingga tempat keempat masing-masing menerima hadiah wang tunai RM1,000, RM500, RM250 dan RM150 berserta piala, medal dan baucar.

Kejohanan anjuran MTACYS BTU, Lea Sports Centre, Persatuan Bola Sepak Bintulu (BiFA) dengan kerjasama Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia

dan Sukan Sarawak itu disertai oleh 37 pasukan lelaki dan 13 pasukan wanita dari Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu.

Perasmian kejohanan dan hadiah-hadiah kepada pemenang disampaika­n oleh ADUN Samalaju Majang Renggi.

Hadir sama Pengerusi Bahagian Pembanguna­n BiFA Mohd Tuah Ismail serta ahli jawatankua­sa BiFA.

 ??  ?? KAMI JUARA!: Skuad Bintulu Rangers yang muncul juara Futsal Terbuka Lelaki Piala ADUN Samalaju merakam gambar kenangan.
KAMI JUARA!: Skuad Bintulu Rangers yang muncul juara Futsal Terbuka Lelaki Piala ADUN Samalaju merakam gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia