Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin masyarakat dari Poyut/Lubok Nibong melawat Sabah

-

SERAMAI 31 ketua masyarakat, ketua kaum dan tuai rumah panjang serta ahli-ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dari kawasan Poyut/Lubok Nibong di DUN Mulu, telah mengadakan lawatan sambil ke belajar ke Sabah, selama seminggu, baru-baru ini.

Lawatan sambil belajar itu merupakan idea dan telah dicadang oleh Timbalan Speaker DUN yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Datuk Gerawat Gala, yang turut membiayai perjalanan sambil belajar ini dan dibantu dari segi kewangan oleh Ahli Parlimen Baram, Anyi Ngau.

Sementara itu, di Sabah, rombongan ini dibawa melawat pelbagai tempat yang menarik seperti ke Ladang Teh Sabah, penternaka­n ladang lembu di Kundasang dan destinasi tarikan pelanconga­n yang lain, sebagai pendedahan kepada mereka berhubung produk pelanconga­n yang boleh dibangunka­n di kawasan masing-masing dan seterusnya menjadikan ia sebagai produk ekopelanco­ngan di kawasan luar bandar Mulu.

Gerawat juga memberitah­u, lawatan tersebut yang mencetuska­n banyak idea kepada mereka, diharap turut melindungi dan memulihara alam sekitar, supaya kekal indah dan menjadikan­nya tarikan pelancong datang ke Mulu.

“Pada masa sama lawatan ini telah berjaya membentuk kerjasama dan menjalinka­n hubungan baik dalam kalangan ketua-ketua kaum dan masyarakat yang turut serta kerana lawatan ini disertai oleh pelbagai kaum di Mulu seperti Iban, Orang Ulu, Cina dan Melayu,” tambahnya.

Sementara itu, lawatan berkenaan turut diiringi oleh pegawai dari Pejabat Daerah Marudi, Nancy John Abau.

 ??  ?? BERFAEDAH: Sebahagian daripada para peserta yang mengikuti kursus asas penyelengg­araan kenderaan di Kuching, baru-baru ini. Turut kelihatan Mohamad Safree (berdiri, dua kiri).
BERFAEDAH: Sebahagian daripada para peserta yang mengikuti kursus asas penyelengg­araan kenderaan di Kuching, baru-baru ini. Turut kelihatan Mohamad Safree (berdiri, dua kiri).
 ??  ?? TERKENAL: Rombongan mengadakan lawatan ke kawasan Ladang Teh Sabah.
TERKENAL: Rombongan mengadakan lawatan ke kawasan Ladang Teh Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia