Utusan Borneo (Sarawak)

Enam ahli SABERKAS Nangka ikuti kursus selenggara kenderaan

-

ENAM ahli SABERKAS Cawangan Nangka telah mengikuti kursus asas penyelengg­araan kenderaan di Kuching pada 5 dan 6 Julai lepas.

Bertempat di Akademi Latihan Insan Baitulmal Batu Kawa, kursus tersebut dianjurkan Mutiara Technology Center (Mtech).

Setiausaha SABERKAS Nangka Mohamad Safree Mohamad Kassim yang mengetuai rombongan berkata, kursus itu amat bermakna untuk golongan muda.

“Kursus ini memberi pengetahua­n berhubung penyelengg­araan kenderaan dan serta menyelesai­kan masalah apabila kenderaan rosak.

“Di samping itu, ia juga menarik minat peserta untuk menjadi mekanik kenderaan,” ujarnya.

Sehubungan itu menurut Mohamad Safree, SABERKAS Nangka bercadang menganjurk­an kursus itu di Sibu.

“Ini bertujuan memberi pendedahan kepada golongan muda dan lepasan sekolah berhubung asas penyelengg­araan kenderaan,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia