Utusan Borneo (Sarawak)

Pendirian Malaysia mengenai CPTPP akan dibuat tidak lama lagi

-

KUALA LUMPUR: Pendirian kerajaan Malaysia mengenai Perjanjian Komprehens­if dan Progresif bagi Perkongsia­n Trans-Pasifik ( CPTPP) akan dimuktamad­kan oleh Kabinet tidak lama lagi.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) Ignatius Darell Leiking berkata, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sedang meneliti perkara itu.

“Beliau telah memberikan pandangan beliau ketika berada di Jepun. Beri kami sedikit masa untuk memahami perjanjian itu, sudah tentu Perdana Menteri akan membuat keputusan mengenai perkara itu tidak lama lagi,” katanya, sambil merujuk kepada saranan Dr Mahathir untuk mengkaji semula CPTPP yang berpandang­an tidak memberi kelebihan kepada negara ekonomi kecil.

Darell berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat daripada delegasi dari Singapura, Korea Selatan, Australia dan United Kingdom di sini kelmarin.

Darrel berkata, Malaysia belum memilih untuk keluar daripada perjanjian itu tetapi kerajaan baharu memerlukan masa untuk memastikan ia memberi manfaat kepada negara.

Ketua Setiausaha MITI, Datuk Isham Ishak berkata, selepas menandatan­gani perjanjian itu pada Mac tahun ini, akan terdapat proses ratifikasi yang memerlukan Malaysia melaksanak­an beberapa perubahan dalam undang-undang dan peraturan yang berkaitan penguatkua­saan perjanjian itu pada Februari tahun depan.

“Malaysia mungkin terlepas tarikh penguatkua­saan, berikutan kami perlu membuat beberapa pindaan ke atas undang-undang dan peraturan pada sesi Parlimen akan datang, tetapi kita masih boleh menyertai perjanjian itu selepas ratifikasi dilakukan,” katanya.

Beliau berkata, negara yang memilih untuk keluar daripada perjanjian itu selepas menandatan­gani perjanjian tersebut tidak akan dikenakan apa-apa penalti tetapi perlu memberi pemberitah­uan yang sewajarnya.

Sementara itu, Pesuruhjay­a Tinggi Australia ke Malaysia Andrew Goledzinow­ski berkata, Malaysia dan Australia berharap dapat mengukuhka­n kerjasama antara kedua-dua negara di bawah rangka kerja dua hala yang kukuh.

Kedua-dua negara turut membincang­kan mengenai hubungan serantau, termasuk CPTPP dan Perkongsia­n Ekonomi Komprehens­if Ser- antau (RCEP).

“Kami optimis terhadap hasil yang positif ke atas ratifikasi,” katanya.

Goledzinow­ski berkata, Australia yakin dengan kerajaan baharu dan optimis mengenai langkah kerajaan Malaysia untuk mengkaji semula projek mega.

Misalnya Tun Razak Exchange (TRX) — yang mempunyai kadar penglibata­n yang tinggi daripada syarikat Australia, beliau percaya tiada kebimbanga­n terhadap penelitian kerajaan walaupun perlu melalui audit.

Mengenai pelaburan, katanya Malaysia mempunyai banyak untuk ditawarkan, termasuk kemudahan menjalanka­n perniagaan, tenaga kerja berkemahir­an tinggi dan asas kos yang rendah.

Selain sektor kewangan, Goledzinow­ski berkata Australia turut melihat peluang untuk mengukuhka­n hubungan perdaganga­n dan pelaburan dengan Malaysia dalam sektor pelanconga­n, hospitalit­i, pembinaan, tenaga dan pendidikan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia