Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat Kudat bakal nikmati limpahan ekonomi

-

KUDAT: Masyarakat Kudat bakal menikmati limpahan ekonomi selepas kerajaan Parti Warisan Sabah (Warisan) melaksanak­an 13 teras yang dijanjikan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong berkata, beberapa lokasi di Kudat kini dilihat masyarakat dunia sebagai kawasan termiskin dan perkara itu tidak boleh berterusan.

“Berikutan itu, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di sini iaitu Ben Chong (Tanjong Kapur) dan Mohammad Mohamarin (Banggi) masing-masing memegang jawatan sebagai Pembantu Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian serta Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi.

“Mereka memainkan peranan penting dalam usaha membantu kerajaan bagi membangunk­an daerah Kudat,” katanya ketika pada Majlis Kesyukuran Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama Masyarakat Kudat, di sini pada Selasa.

Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, Kudat juga bakal menjadi tumpuan pelabur-pelabur utama dunia apabila pelabuhan terbesar di Malaysia siap dibina di daerah itu.

Bagaimanap­un katanya, sebelum pembinaan pelabuhan dapat dilaksanak­an, kerajaan akan menaik taraf kualiti dan mutu jalan raya yang ada agar mampu memenuhi jangkaan oleh para pelabur.

“Kita juga bercadang untuk membina sebuah lapangan terbang di daerah ini selain mewujudkan hab pusat untuk kegiatan import dan eksport.

“Saya pecaya dengan kemajuan yang dicapai daerah ini nanti, rakyat di sini sudah pasti mampu menikmati kemakmuran dan keharmonia­n ekonomi,” katanya.

Menurutnya, kerajaan Warisan adalah untuk semua kaum dan jangan wujudnya mana-mana pihak tidak bertanggun­gjawab menimbulka­n sentimen perkauman di negeri ini.

Katanya, selain Kudat kerajaan juga akan membangunk­an ekonomi serta prasarana asas di seluruh negeri.

Pada majlis itu, Jaujan turut menyerahka­n sumbangan kepada Sekolah Menengah (SM) Pei Tsin Kudat berjumlah RM10,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia