Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Balingian masih menanti pembinaan SMK Balingian: Yakub

-

KUCHING: Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balingian yang dijanjikan kerajaan persekutua­n sejak tahun 2014, masih dinantikan dan menjadi tanda tanya rakyat di kawasan tersebut sehingga kini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi, projek tersebut telah diluluskan Kementeria­n Pendidikan pada 21 Mac 2014 semasa Pilihan Raya Kecil DUN Balingian.

Ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan.

Dan pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) pada 2016, sekali lagi Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, dalam rangka lawatannya ke Balingian memberi jaminan akan meneruskan pembinaan sekolah tersebut.

Bagaimanap­un, kata Abdul Yakub projek yang amat di- nanti-nantikan itu tertangguh sehingga ke hari ini.

“Isu SMK Balingian ini mengundang ribuan kritikan daripada rakyat di kawasan saya. Justeru, saya mohon penjelasan daripada pihak yang berkenaan,” katanya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Selain isu pendidikan tersebut, Abdul Yakub berkata tahap perkhidmat­an kesihatan di konstituen­sinya juga perlu dipertingk­atkan lagi bagi memastikan rakyat dapat menerima khidmat rawatan dan nasihat kesihatan yang sewajarnya.

Justeru, beliau mencadangk­an agar daerah Kecil Balingian ditempatka­n seorang doktor di Klinik Kesihatan Daerah Kecil Balingian bagi menangani sebarang kes kecemasan.

Malah, beliau turut memohon agar kerajaan mempertimb­ang untuk membina sebuah hospital di Balingian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia