Utusan Borneo (Sarawak)

Isu kanak-kanak tanpa kerakyatan masih gagal diselesaik­an

-

KUCHING: Isu kanakkanak tanpa kerakyatan di Sarawak masih gagal diselesaik­an dan terus membelengg­u rakyat terutama keluarga yang berkaitan.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang yang kecewa dengan hal ini berkata beliau telah menyuaraka­n masalah ini dalam dua sesi Persidanga­n Dewan Undangan Negeri ( DUN) sebelum ini.

Katanya, Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) di Malaysia melaporkan bahawa terdapat seramai 12,368 individu didaftarka­n sebagai tanpa kerakyatan di Malaysia.

Manakala Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak menganggar­kan 600,000 individu tanpa sijil lahir di Sarawak pada awal tahun ini.

“Ini adalah satu jumlah yang membimbang­kan. Ironinya, hampir semua kanak-kanak ini dilahirkan di sini tetapi sama ada ibu atau bapa mereka adalah warga asing.

“Saya sendiri telah menyerahka­n 15 kes dengan sebahagian daripada kanak-kanak hidup dalam kegusaran lebih daripada 21 tahun.

“Kebanyakan mereka akan ke sekolah rendah tetapi apabila memasuki sekolah menengah, mereka tidak diterima kerana tidak mempunyai kad pengenalan yang diperlukan untuk tujuan pendaftara­n,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perbahasan usul penghargaa­n atas ucapan Yang di-Pertua Negeri pada Persidanga­n DUN di sini semalam.

Tambah Lo, beliau telah ke Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) untuk membantu sebahagian kanak- kanak tetapi berulang kali dimaklumka­n keputusan akhir bergantung kepada Putrajaya.

Putrajaya mengheret isu tanpa ambil kira mengenai keadaan anak-anak ini dan sebahagian daripada ibu bapa telah ke JPN tahun demi tahun tetapi usaha mereka tidak berhasil.

“Sudah tiba masanya untuk JPN menyerahka­n penurunan kuasa kepada JPN Sarawak untuk membuat keputusan mengenai nasib anak-anak ini daripada perlu merujuk semuanya kepada Putrajaya yang mengambil masa bertahun untuk membuat keputusan.

“Saya amat berharap kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan menyerahka­n penurunan kuasa kepada Sarawak untuk kita menyelesai­kan masalah ini,” katanya sambil menambah, jangan membiarkan kanak-kanak tanpa kerakyatan ini menderita lebih lama.

 ??  ?? LO
LO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia