Utusan Borneo (Sarawak)

JTS akan ukur 1,318,755 hektar tanah NCR di seluruh Sarawak

-

KUCHING: Jabatan Tanah dan Survei (JTS) akan mengukur seluas 1,318,755 hektar tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di seluruh Sarawak menerusi peringkat pertama program pengukuran tanah NCR inisiatif baharu.

Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh berkata daripada jumlah tersebut 861,136 hektar telah siap diukur perimeter dengan 8,546 hektar sedang dalam proses pengukuran dan 225,963 hektar lagi akan diukur dalam masa terdekat.

Pengukuran melibatkan seeluas 211,124 hektar tanah NCR lagi bagaimapau­n belum dapat diteruskan kerana terlibat dengan pelbagai masalah di lapangan.

“Secara keseluruha­nnya mengikut kajian, sekiranya kawasan-kawasan ini diukur pada masa akan datang, sejumlah 2,594,501 hektar tanah akan di bawah NCR dan anggaran 1, 154,827 hektar tanah di bawah entiti lain.

“Ini bermakna keseluruha­n kawasan tanah di bawah NCR dan entiti yang akan diberi hak milik kepada Bumiputera ialah 3,749,328 hektar,” katanya sebagai menjawab pertanyaan lisan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah Alexander Vincent pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Bagi menjawab pertanyaan ADUN Machan Allan Siden Gramong, Len berkata berdasarka­n inisiatif baharu pengukuran tanah NCR, seluas 18,125 ekar tanah NCR di DUN Machan telah diukur setakat ini dan 21,525 ekar lagi akan diukur dalam masa terdekat ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia