Utusan Borneo (Sarawak)

Penanaman padi untuk jualan komersil di Sarawak dengan kawasan lima juta hektar harus diperkenal­kan

-

KUCHING: Penanaman padi untuk jualan komersil di Sarawak dengan kawasan lima juta hektar yang merangkumi 35 peratus kawasan tanah seluruh negara harus diperkenal­kan untuk menjadikan Sarawak jelapang padi kedua Malaysia.

ADUN Pelawan David Wong Kee Woan berkata usaha itu sejajar dengan hasrat Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang telah menyatakan bahawa Sarawak sedang berusaha meningkatk­an pengeluara­n padi kepada 70 peratus menje- lang 2030, daripada 53 peratus sekarang.

“Sebelum ini telah diumumkan bahawa Sarawak tidak lama lagi akan menjadi pengeluar beras utama Malaysia, dengan kerajaan persekutua­n

Sebelum ini telah diumumkan bahawa Sarawak tidak lama lagi akan menjadi pengeluar beras utama Malaysia, dengan kerajaan persekutua­n sekarang serius mengkaji potensi negeri terbesar ini untuk menangani hasil padi yang rendah.

sekarang serius mengkaji potensi negeri terbesar ini untuk menangani hasil padi yang rendah.

“Akan tetapi, Kementeria­n Pertanian belum melakukan secukupnya untuk melatih petani kita, termasuk memperkena­lkan spesies padi dengan hasil tinggi serta membuat infrastruk­tur saliran untuk penanaman padi.

“Pada masa sama, mereka juga harus bekerjasam­a dengan penanam padi mengenai cara terbaik untuk membantu mereka dan bukannya membuang duit seperti memberi baja dan racun serangga secara percuma,” katanya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Menurut Wong, Sarawak merupakan sebuah negeri terbesar di Malaysia dengan mempunyai tanah subur yang luas tetapi malangnya, masih bergantung kepada import untuk makanan ruji tersebut.

“Sarawak mempunyai kawasan yang dapat menjadikan negeri ini sebagai pengeluar beras komersial yang utama.

“Namun disebabkan Kerajaan Sarawak hanya menumpukan perhatian kepada kelapa sawit dan lupa kepada sektor pertanian lain, maka kita masih bergantung kepada beras import sekarang,” katanya.

David Wong Kee Woan ADUN Pelawan

 ??  ?? Laporan oleh Patricia Gari, Jessica Jawing, Agnes Tugong, Nick Fletcher Rusnan Mustafa
Laporan oleh Patricia Gari, Jessica Jawing, Agnes Tugong, Nick Fletcher Rusnan Mustafa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia