Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk mendambaka­n penubuhan Bandar Baharu Simunjan

-

KUCHING: Kerajaan diminta mempertimb­angkan semula penubuhan Bandar Baharu Simunjan, yang menjadi keluhan utama kepada masyarakat kawasan berkenaan.

Awla Dris (PBB-Simunjan) berkata, perkara itu telah diusulkan pada Persidanga­n DUN yang lepas namun sehingga kini tiada tindakan susulan daripada Kerajaan Sarawak bagi merealisas­ikan permohonan itu.

“Penubuhan Bandar Baharu Simunjan ini amatlah ditagih ketika ini oleh penduduk di kawasan Simunjan.

“Ini kerana keadaan pekan Simunjan yang kian sesak dan fenomena hakisan serta jalan masuk ke pekan Simunjan iaitu Jalan Kampung Nanas adalah sempit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaska­n Usul Penghargaa­n Ucapan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 9 Julai lepas, pada Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Menurut Awla, cadangan bandar baharu itu tentun- ya akan menjadi platform dalam mentransfo­rmasikan Simunjan sejajar dengan statusnya sebagai pusat pentadbira­n daerah Simunjan.

“Selain itu tentunya ia berperanan sebagai tempat kediaman penduduk, rumahrumah kedai malah pejabatpej­abat untuk pihak swasta seperti institusi kewangan dan pendidikan,” kata beliau.

Mengulas mengenai isu lain, iaitu masalah tapak pelupusan sampah, beliau memohon kepada kementeria­n berwajib untuk mencari alternatif dengan mewujudkan pusat pelupusan di daerah Simunjan.

Katanya, ia kerana pusat pelupusan sedia ada kini tidak dapat menampung sampah dari seluruh kawasan di daerah Simunjan termasuk dari Sebuyau dan Gedong.

“Perbincang­an bersama pihak Residen Bahagian Samarahan, Jabatan Tanah Dan Survei (JTS), Pejabat Daerah Simunjan serta Majlis Daerah Simunjan telah memutuskan supaya pihak JTS Bahagian Samarahan mengenal pasti kawasan tanah yang sesuai untuk dijadikan kawasan pelupusan sampah di daerah Simunjan.

“Saya berharap agensiagen­si terbabit dapat mengambil tindakan dengan secepat mungkin bagi menyelesai­kan masalah kepadatan tempat pelupusan sampah di daerah Simunjan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia