Utusan Borneo (Sarawak)

CMS bekerja keras pastikan kerja baiki Jalan Miri-Marudi lancar

-

KUCHING: Meskipun hujan turun lebat pada musim ini, pasukan Cahya Mata Sarawak (CMS) telah bekerja keras memastikan kerja membaiki Jalan MiriMarudi tidak terganggu dan terus mengikut jadual.

Dengan purata hujan lebih 370 milimeter (mm) pada suku ini berbanding purata hujan 270mm pada suku lalu, cabaran untuk pasukan CMS adalah begitu mencabar.

Kerja-kerja memperbaik­i jalan yang menghubung­kan Miri hingga Marudi sepanjang 43.2 kilometer (km) sedang berjalan dengan baik, jauh lebih cepat daripada jadual asalnya selama 30 bulan.

Menjelang 25 Jun 2018, kerja memperbaik­i jalan itu sudah siap 61.60 peratus dan projek itu dijadualka­n siap pada suku kedua 2019.

Bercakap tentang kemas kini kerja memperbaik­i jalan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Kumpulan CMSB Goh Chii Bing berkata, beliau amat bangga dengan cara pasukan menggiatka­n usaha mereka untuk mengendali­kan keadaan bagi memastikan projek itu siap lebih awal daripada jadual.

“Usaha ini lebih mengagumka­n memandangk­an kami mempunyai kakitangan yang bercuti untuk musim cuti dan pulang ke kawasan rumah mereka untuk mengundi, namun kami tetap mendahului jadual.

“Perkara lain yang perlu ditonjolka­n adalah usaha pasukan untuk memastikan jalan yang kritikal, kekal lancar untuk balik kampung semasa Gawai dan Hari Raya Aidilfitri,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarka­n semalam.

Fasa seterusnya akan menyaksika­n pasukan itu bergerak dengan jentera berat ke kawasan seterusnya dan pada masa sama meletakkan premix dari KM16.550 ke KM21.550

Sepanjang tempoh ini, akan terdapat beberapa penutupan separa jalan dari jam 9 pagi hingga 5 petang, dari 4 hingga 15 Julai ini.

Bagaimanap­un, CMS telah merancang untuk meletakkka­n premix satu sisi jalan pada satu masa bagi mengurangk­an kesesakan sebanyak mungkin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia