Utusan Borneo (Sarawak)

Miss BDCF 2018 dibuka kepada gadis Dayak

-

SIBU: Penganjur Pesta Kebudayaan Borneo (BCF) Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) telah menukar gelaran Kumang Pesta Kebudayaan Dayak Borneo (BDCF) 2018 kepada Miss BDCF 2018.

Ini dimaklumka­n kepada pemberita oleh jurucakap penganjur Miss BDCF 2018 Senorita Salleh di sini, semalam.

“Pihak MPS telah memaklumka­n kepada kami agar menukar perkataan ‘Kumang’ kepada ‘Miss’ atas sebab-sebab tertentu.

“Bagaimanap­un, syarat dan hadiahnya masih sama seperti sebelum ini,” katanya yang enggan mendedahka­n lebih lanjut mengenai punca penukaran gelaran tersebut.

Sementara itu, gadis Dayak di negeri ini yang masih bujang berumur 18-30 tahun dijemput untuk menyertai Miss BDCF 2018.

Pertanding­an ini akan diadakan dari 23 hingga 25 Julai ini di Dataran Bandar Sibu Fasa I.

Setiap gadis yang berminat menyertai pertanding­an ini hendaklah mempunyai ketinggian tidak kurang daripada 5 kaki 2 inci.

Pertanding­an Miss BDCF 2018 akan diadakan sebanyak tiga peringkat.

Peringkat pertama ialah saringan iaitu pada 23 Julai bagi memilih 10 finalis untuk mengikuti pratonton pada 24 Julai.

Final Miss BDCF 2018 akan diadakan pada 25 Julai.

Ketiga-tiga peringkat tersebut akan diadakan di pentas BDCF mulai jam 9 malam.

Semua peserta pada tiga peringkat tersebut akan dikehendak­i memakai kostum mengikut tema yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

Hadiah yang ditawarkan adalah johan akan menerima RM2,000 berserta mahkota, selempang, piala, hamper dan bunga manakala naib johan akan menerima RM1,500 berserta selempang, piala dan hamper.

Tempat ketiga akan memenangi RM1,000 berserta selempang, piala dan hamper.

Peserta yang menduduki tempat keempat dan kelima masing-masing ditawarkan RM350 dan RM300 berserta selempang.

Lima peserta lain masingmasi­ng akan menerima RM200 sebagai hadiah sagu hati.

Tarikh tutup penyertaan adalah 14 Julai, Sabtu ini jam 1 petang.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Angeline Uchi Maseng di talian 016-8825861 atau Senorita (013-8061265).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia