Utusan Borneo (Sarawak)

Disabit mencuri, lelaki dipenjara dan didenda

-

MIRI: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 22 bulan dan didenda RM6,000 atau lapan bulan penjara setelah mengaku bersalah atas dua tuduhan mencuri.

Mohd Izzwandee Wasli dari Tudan Fasa 6 di sini didakwa atas dua tuduhan mencuri mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan bagi setiap tuduhan dihadapi.

Berdasarka­n kes pertama, tertuduh didapati telah mencuri satu unit televisyen berukuran 50 inci dan berharga RM2,000 kepunyaan sebuah premis menjual kasut.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 10.30 pagi, 2 Jun lalu di tingkat tiga sebuah kompleks beli-belah di Jalan Permaisuri di sini.

Manakala dalam kes kedua, tertuduh didapati telah men- curi dua keping kad pengenalan, satu lesen memandu, dua unit telefon bimbit, dua unit bank bateri, sebuah beg tangan dan dua kad ATM kepunyaan Melissa Sangga.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 12 tengah hari, 2 Julai lalu di sebuah bilik sewa di kawasan pusat bandar di sini.

Di hadapan mahkamah, tertuduh merayu hukuman diringanka­n memandangk­an dia mempunyai dua anak yang kini dijaga ibunya.

Bagi kes pertama, tertuduh dikenakan hukuman penjara 10 bulan dan denda RM4,000 atau empat bulan penjara jika gagal membayar denda, manakala dalam kes kedua, tertuduh dipenjara 12 bulan dan denda RM2,000 atau empat bulan penjara jika gagal membayar denda.

Mahkamah memerintah­kan hukuman penjara bagi kedua-dua kes itu berjalan secara berurutan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia