Utusan Borneo (Sarawak)

Malanjum: Ketua Hakim Negara pertama dari Borneo Cipta sejarah menjadi orang pertama dari Borneo menyandang jawatan tertinggi bidang kehakiman negara

-

KUALA LUMPUR: Pelantikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara baharu Malaysia, mencipta sejarah bila beliau menjadi orang pertama dari negerinege­ri Borneo menyandang jawatan tertinggi itu dalam bidang kehakiman.

Malanjum, 65, dilantik ke jawatan itu selepas Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif mengemukak­an surat peletakan jawatannya.

Majlis mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara bermula pada kira-kira jam 9.30 malam ini (semalam), dan disaksikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa,Peguam Negara Tommy Thomas, dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutua­n Datuk Seri Latifah Mohd Tahar.

Dilahirkan pada 13 Oktober, 1952 di Tuaran, Sabah, Malanjum memulakan persekolah­annya di Sekolah Bukit Buit Putatan dan Sekolah Rendah Sacred Heart, Kota Kinabalu sebelum menamatkan pelajaran menengah di Sekolah Menengah La Salle, Kota Kinabalu.

Anak keturunan Kadazandus­un ini memulakan kerjayanya sebagai kerani di Jabatan Pelajaran, Jabatan Pertanian, Jabatan Televisyen dan Radio dan sebagai pegawai kebajikan di Jabatan Kebajikan Negeri.

Pada 1972, beliau melanjutka­n pelajaran di Institut Teknologi MARA (sekarang Universiti Teknologi MARA) di Shah Alam, Selangor; sebagai pelajar luar kampus University of London dalam bidang Undang-Undang dan telah dianugerah­kan Bachelor of Laws (LL.B)(Hons)(London) pada 1975.

Setelah memperoleh ijazah undang-undang, Malanjum berkhidmat di Jabatan Ketua Menteri Sabah dan ditugaskan sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah.

Malanjum telah melanjutka­n pelajaran di London dan berjaya menghabisk­an pengajian ‘Bar-at-Law’ pada tahun yang sama. Beliau telah diterima masuk ke ‘The English Bar of the Honourable Society of Gray’s Inn’di London.

Sekembalin­ya dari London, beliau berkhidmat semula di Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah sebagai Pegawai Undang-Undang/Timbalan Pendakwa Raya.

Pada tahun 1977, beliau diterima masuk sebagai Peguamcara Badan Peguam Malaysia, Sabah dan juga diterima masuk ke “The Australian Capitol Territory” (ACT) Bar pada 1991.

Pada 1981, Malanjum meletak jawatan dan seterusnya menyertai kerjaya guaman persendiri­an di Kota Kinabalu hingga 1992. Beliau kemudian dilantik sebagai Pesuruhjay­a Kehakiman pada Mac 1992.

Kemudian pada 1993, beliau diangkat menjadi Hakim Mahkamah Tinggi di Kuching Sarawak. Beliau juga ditugaskan di Mahkamah Tinggi Miri dan Sandakan pada 1994 dan 1996 dan ditukar semula ke Mahkamah Tinggi Kuching pada Mei 2002.

Pada Ogos 2002, beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan dan ke- mudian pada Jun 2005, dilantik Hakim Mahkamah Persekutua­n Malaysia.

Malanjum merupakan anak negeri Sabah yang pertama menjadi Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Rayuan dan juga Hakim Mahkamah Persekutua­n.

Pada usia 52, beliau menjadi hakim Mahkamah Tinggi termuda memegang jawatan itu.

Pada 26 Julai 2006 beliau secara rasmi dilantik sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak hingga kini.

Beliau mempunyai tiga anak iaitu Jessica Eleanor, Edgar Richard dan Carl Barnabas. — Bernama

 ??  ?? MALANJUM
MALANJUM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia