Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada prosedur tapisan keselamata­n tambahan bagi pelancong China

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia semalam menafikan memberi persetujua­n terhadap prosedur tapisan keselamata­n tambahan dalam proses permohonan visa Malaysia bagi pelancong China.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata pelancong yang ingin ke Malaysia termasuk pelancong China pada masa ini boleh memohon visa melalui dua opsyen saluran iaitu permohonan visa secara manual melalui Pusat Sehenti Setempat (OSC) dan permohonan visa secara atas talian (eVISA).

Pelancong China juga boleh memohon visa melalui opsyen ketiga Electronic Travel Registrati­on and Informatio­n (eNTRI) iaitu fasiliti khas yang diberikan kepada warga China sepanjang tempoh pelaksanaa­n pengecuali­an visa iaitu sehingga 31 Disember 2018, katanya.

“Saringan keselamata­n yang dilaksanak­an oleh Jabatan Imigresen Malaysia adalah salah satu Prosedur Operasi Standard ( SOP) sebelum kelulusan visa diberikan dan bertindak sebagai mekanisme awal bagi mengesahka­n latar belakang pemohon,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kenyataan itu dikeluarka­n merujuk kepada laporan ‘Wargnegara China yang datang ke Malaysia akan tertakluk kepada prapemerik­saan’ pada 10 Julai 2018 mengenai pewujudan prosedur tapisan keselamata­n tambahan bagi pelancong China ke Malaysia yang akan dilaksanak­an oleh Pusat Penilaian Keselamata­n Rakyat China ke Malaysia (CCSACM).

Menurut laporan itu, CCSACM kendalian China Zhong An Peace Holdings Co Ltd (CZAHP) diberi tugas melaksanak­an prosedur praimbasan itu terhadap rakyat China yang berhasrat membuat perjalanan ke luar negara.

Menurut laporan itu lagi, apabila dilaksanak­an kelak, rakyat China perlu menjalani proses praimbasan dan mendapatka­n kelulusan daripada kerajaan mereka untuk memohon visa sebelum membuat perjalanan ke luar negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia