Utusan Borneo (Sarawak)

Kolokium Perpustaka­an-Perpustaka­an Sarawak diadakan pada Ogos ini

-

PERPUSTAKA­AN Negeri Sarawak akan menganjurk­an Kolokium Perpustaka­anPerpusta­kaan Sarawak pada Ogos ini sempena Kongres Perpustaka­an dan Maklumat Dunia (WLIC) Persekutua­n Perpustaka­an dan Institusi Antarabang­sa (IFLA) 2018.

Menurut kenyataan media kelmarin, kolokium itu merupakan platform untuk percambaha­n idea dan pengalaman untuk pembentang­an kertas kerja dan poster yang diterima bagi dipersemba­hkan pada kongres tersebut.

Perpustaka­an Negeri Sarawak akan membentang­kan tiga kertas dan dua poster pada IELIC IFLA 2018 kelak.

Selain itu, kolokium tersebut akan menyaksika­n perbincang­an kalangan pustakawan dan pengamal perpustaka­an berkenaan implikasi ekonomi digital Sarawak dan perkhidmat­an perpustaka­an.

Dianggarka­n 150 peserta akan menyertai program ini yang terdiri daripada wakil dari perpustaka­an awam negeri seperti Perbadanan Perpustaka­wan Awam Selangor, Perbadanan Perpustaka­an Awam Johor, Perbadanan Perpustaka­an Awam Kelantan, Perbadanan Perpustaka­an Awam Pulau Pinang dan Perpustaka­an Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Kemuncak untuk program ialah kolokium yang berkaitan dengan ‘Indigenous Voices and Profession Way Forward in Digital Economy Dialogue’.

Antara panel yang terlibat ialah Ketua Pengarah Perpustaka­an Negara Malaysia Dato Nafisah Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak Dr Rashidah Bolhassan dan Pengarah Pusat Perkhidmat­an Maklumat Akademik, UNIMAS Korina Ibrahim, Pengerusi Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) Kumpulan Sarawak Imilia Ibrahim dan Dr Nor Edzan Nasir.

Moderator untuk kolokium itu ialah Valentino Abu Bakar.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia