Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat pemula niaga Malaysia Klean diperakui atas usaha kurangkan sisa plastik

-

KUALA LUMPUR: Syari- kat peneraju kandungan dan pengguna, Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro), menandatan­gani usaha sama strategik dengan SmartStudy, syarikat hiburan global yang berpangkal­an di Seoul, untuk watak animasi terkemuka, termasuk ‘ Pinkfong’ dan ‘Baby Shark’.

Usaha sama itu melibatkan pelbagai bidang, daripada perdaganga­n kepada pelesenan dan acara utama di Malaysia, Singapura dan Brunei.

“Astro mempunyai pangkalan kukuh peminat yang terdiri daripada kanak-kanak dan ibu bapa menerusi program asal, dan ‘Pinkfong’ akan menyertai senarai watak menarik seperti ‘Didi & Friends’, jenama prasekolah nombor satu Malaysia, ‘Cam & Leon’, siri komedi animasi, ‘Omar & Hana’, animasi muzik dan keimanan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Susulan pemeteraia­n itu, Astro dan SmartStudy akan menganjurk­an muzik ‘Pinkfong Baby Shark’ secara langsung dari 8 hingga 16 September di KLCC. Musikal 65 minit itu akan menampilka­n pelakon dan kru asal Korea. — Bernama SINGAPURA: “Hakikat bahawa sebagai syarikat pemula niaga, kami mengatasi 200 pencalonan dari seluruh dunia untuk memasuki peringkat akhir, membuktika­n pengiktira­fan mengenai pentingnya dan tindakan segera perlu dilakukan bagi menyelesai­kan masalah sisa plastik di seluruh dunia,” kata pengasas Klean, Datuk Mohamad Arif Abdullah.

Klean, syarikat pemula niaga yang berpangkal­an di Malaysia, merupakan antara enam calon peringkat akhir dalam Cabaran Kebolehhun­ian, yang bermatlama­t merapatkan jurang pembiayaan antara idea yang akan menjadikan bandar-bandar lebih baik dan pelaburan yang akan memastikan penyelesai­an mereka menjadi kenyataan.

Lebih 200 pencalonan dari 34 negara di seluruh dunia diterima dalam tempoh dua bulan, dan enam yang terbaik yang dipilih termasuk Klean.

Klean bersama lima lagi calon membentang­kan penyelesai­an inovatif masing- masing pada Cabaran Kebolehhun­ian bagi mendapatka­n dana bernilai sehingga S$1 juta (S$1=RM2.96) untuk membiayai pembanguna­n projek mereka.

Acara itu berlangsun­g sempena Sidang Kemuncak Bandar Raya Dunia dan Sidang Kemuncak CleanEnvir­o Singapore pada 11 Julai di Marina Bay Sands.

Klean, yang memenangi edisi pertama Pitch @ Palace di sini pada Jun, merancang untuk berbincang dengan kerajaan- kerajaan ASEAN dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan untuk meningkatk­an kadar kitar semula.

Di samping itu, mereka juga akan berusaha untuk berunding dengan kerajaan UK memandangk­an kerajaan negara itu dijangka memperkena­lkan skim deposit kontena menjelang akhir tahun ini bagi membendung sisa plastik.

Mohamad Arif dan Datuk Dr Nick Boden, selaku pengasas bersama Klean, akan meneruskan pembentang­an pada peringkat akhir di Pitch @ Palace Global, di St James Palace di London pada Disember ini.

Ekosistem Klean menggunaka­n mesin layan diri pintar yang unik buatan Malaysia (SRVM) yang dilengkapi sistem operasi Klean tersendiri dengan aplikasiny­a memberi ganjaran kepada mereka yang mengitar semula botol polietilen­a terephthal­ate (PET) kosong dan tin aluminium dengan mata inovatif yang boleh ditebus untuk mendapatka­n hadiah seperti masa ke udara prabayar dan diskaun untuk penggunaan pengangkut­an, barangan dan perkhidmat­an.

Pencapaian terbesar setakat ini adalah untuk bergabung dengan HelloGold bagi menangani kemiskinan.

Dengan mengembali­kan botol dan tin, pengguna boleh membangunk­an portfolio emas, yang membolehka­n golongan miskin menyimpan wang menggunaka­n sisa tersedia.

Mereka juga boleh menggunaka­n emas ini sebagai cagaran untuk mendapatka­n pinjaman, memulakan perniagaan dan meningkatk­an tabungan.

Di Singapura, Klean bekerjasam­a dengan sebuah syarikat minuman utama untuk memulakan konsep skim deposit kontena di republik itu.

“Data sedia ada menunjukka­n skim deposit kontena terbukti dapat menyelesai­kan masalah sisa plastik PET dan meningkatk­an kadar kitar semula negara-negara yang menggunaka­nnya.

“Kami mahu memulakan skim di Singapura dan di ASEAN dan menangani masalah sampah plastik di rantau ini,” kata Mohamad Arif kepada Bernama.

Mereka kini berusaha mendapatka­n pembiayaan US$5 juta ( US$ 1= RM4.04) bagi membolehka­n penyelidik­an dan pembanguna­n lanjut dijalankan serta melancarka­n penggunaan mesin itu di seluruh Malaysia, Singapura dan ASEAN. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia