Utusan Borneo (Sarawak)

SKUAD BINTULU PILIH PEMAIN MUDA

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Persatuan Bola Sepak Bintulu (BiFA) telah mengadakan sesi pemilihan pemain berumur 20 tahun ke bawah untuk Kejohanan Bola Sepak Luar Bandar Piala Menteri Utiliti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Kemena Dato Sri Dr Stephen Rundi dan Piala Belia Bawah 20 Tahun di Stadium Mini Bintulu semalam.

Selain itu turut diadakan penyerahan baju latihan, peralatan latihan untuk pembanguna­n pemain Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) bawah 12, 15 dan 20 tahun.

Penyerahan tersebut disempurna­kan Presiden BiFA merangkap Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) Duke Janteng kepada Pegawai Menguasa Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) Bahagian Bintulu Aric Philbert dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan ( SK) Jepak Mohd Hamzah Abdul Majid.

Turut hadir Ketua Jurulatih Bintulu Zaidel Termidi Suhaili, pegawai-pegawai MSN, jurulatih-jurulatih MSN iaitu Josli Omar, Abdullah Tuah, Mohd Hamid Ghani, ahli jawatankua­sa BiFA Ibrahim Tahir serta guru-guru SK Jepak.

Pengerusi Bahagian Pembanguna­n BiFA yang turut bertindak sebagai jurulatih MSN Bintulu Mohd Tuah Ismail berkata, pelancaran jersi baharu untuk pasukan bawah 18 tahun MSN akan diadakan pada Ogos dalam persediaan menghadapi Kejohanan Bola Sepak Luar Bandar itu untuk Zon Bintulu.

“Pemain-pemain yang telah dipilih itu akan mewakili Bintulu dan untuk Zon Samalaju akan diwakili skuad Niah Bersatu dan Samalaju FC,” ujarnya di sini semalam. Katanya, pada masa ini kejohanan sama peringkat Zon Tatau dan Sebauh sedang berlangsun­g diikuti untuk Zon Bakun dan Murum pada 2 Ogos akan datang yang mana kejohanan itu mendapat tajaan Sarawak Energy Berhad dengan kerjasama MSN, BiFA dan Lea Sports Centre (LSC).

Dalam perkembang­an lain katanya, seramai 100 murid menyertai program latihan pemain selama dua tahun merangkumi 40 murid umur 20 tahun ke bawah, 35 murid 15 tahun ke bawah dan 25 murid 12 tahun ke bawah.

“Latihan tersebut diadakan di Padang Dewan Suarah dan Stadium Mini Bintulu untuk pemain 20 tahun ke bawah, di Padang Wawasan Jepak untuk murid 15 tahun ke bawah dan di Padang SK Jepak untuk murid 12 tahun ke bawah,” tambahnya.

Justeru Mohd Tuah menyeru ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka menjalani latihan bola sepak adalah dialu- alukan tanpa dikenakan bayaran dan pemain- pemain akan dilatih oleh jurulatih berpengala­man yang mempunyai lesen Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)/AFC (Asian Football Confederat­ion).

Beliau berkata, melalui latihan itu akan diadakan pertanding­an dan lawatan melalui perlawanan persahabat­an dengan pasukan dari bahagian-bahagian lain.

“Pada penghujung tahun ini kami akan mengadakan lawatan ke Mukah dan pemain MSN Bintulu akan mengadakan perlawanan persahabat­an dengan pasukan bola sepak MSN di bahagian itu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? UNTUK LATIHAN: Duke (empat kiri) menyerahka­n bola kepada Mohd Hamzah secara simbolik untuk latihan pembanguna­n pemain MSN Bintulu.
UNTUK LATIHAN: Duke (empat kiri) menyerahka­n bola kepada Mohd Hamzah secara simbolik untuk latihan pembanguna­n pemain MSN Bintulu.
 ??  ?? TAHNIAH: Hasidah merakam kenangan bersama pasukan ZYZ FC.
TAHNIAH: Hasidah merakam kenangan bersama pasukan ZYZ FC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia