Utusan Borneo (Sarawak)

Pertengkar­an antara dua ipar bertukar ganas

Mangsa dalam keadaan kritikal selepas cedera parah di kepala dan dirawat di Unit Kecemasan HUS

-

KUCHING: Pertengkar­an antara dua ipar bertukar menjadi ganas apabila seorang daripada mereka dimasukkan ke hospital Sabtu lalu.

Mangsa berusia 50 tahun dikatakan dalam keadaan kritikal selepas cedera parah di kepala dan dirawat di Unit Kecemasan Hospital Umum Sarawak (HUS).

Menurut saksi, suspek yang juga berusia 50 tahun datang ke rumah sekitar jam 7.30 malam di kawasan kediaman di Jalan Sim Kheng Hong dan bertikam lidah dengan mangsa ketika mangsa minum bersama rakannya.

Selepas tidak berpuas hati ekoran pertengkar­an itu, suspek kemudianny­a menumbuk kereta mangsa sebelum menuju ke bilik tidur.

Keadaan itu bertambah rumit selepas beberapa jam kemudian iaitu sekitar jam 10

Suspek menyerah diri di Pusat Sehenti Balai Polis dan direman tiga hari bermula semalam untuk membantu siasatan. SAC Denis Leong Soon Kuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri

malam apabila mangsa datang ke bilik suspek dan pertengkar­an bermula lagi sebelum berakhir dengan pergaduhan antara suspek dan mangsa.

Ahli keluarga cuba meleraikan pergaduhan itu namun tidak berjaya.

Ekoran pergaduhan itu, mangsa berlumuran darah sebelum ahli keluarga mangsa menghubung­i pihak berkaitan untuk mendapatka­n bantuan.

Sementara itu, suspek menyerah diri di Pusat Sehenti Balai Polis Simpang Tiga.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC Denis Leong Soon Kuai ketika dihubungi mengesahka­n kes tersebut dan mendedahka­n bahawa suspek memukul kepala mangsa menggunaka­n paip PVC.

“Suspek menyerah diri di Pusat Sehenti Balai Polis dan direman tiga hari bermula semalam untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabka­n kecederaan serius,” kata Denis.

 ??  ?? RAWAT: Mangsa dibawa menggunaka­n ambulans untuk mendapatka­n rawatan di Hospital Umum Sarawak.
RAWAT: Mangsa dibawa menggunaka­n ambulans untuk mendapatka­n rawatan di Hospital Umum Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia