Utusan Borneo (Sarawak)

Dua beradik ditahan disyaki terlibat kegiatan dadah

-

KUCHING: Dua beradik ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan dadah di sebuah kediaman di Kampung Haji Baki, Jalan Batu Kitang semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Aidil Bolhasan berkata, kedua-dua suspek berusia 29 dan 34 tahun itu diberkas sekitar jam 2 petang di sebuah rumah di Kampung Haji Baki oleh sepasukan polis diketuai Inspektor Nicodemus dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Padawan.

“Hasil pemeriksaa­n di sebuah bilik tidur bersebelah­an dapur rumah, polis telah menjumpai satu kotak rokok jenama VESS warna hijau putih di atas lantai di antara kedua-dua suspek dan di dalamnya mengandung­i 12 peket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah berbahaya jenis syabu yang dianggarka­n seberat 7.0 gram.

“Hasil siasatan awal juga mendapati suspek berusia 29 tahun mengaku memiliki dadah tersebut yang dibeli daripada pembekal bernama Mamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tambah Aidil, suspek berusia 34 tahun mempunyai rekod lampau di bawah Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Manakala adik suspek turut mempunyai rekod lampu di bawah Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1)(a) akta yang sama dan Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) pada 9 Mac 2017.

“Kedua-dua suspek mengaku mengambil dadah jenis syabu sejak enam tahun lepas dan nilai rampasan dianggarka­n sekitar RM900 hingga RM1,000.

“Kedua- dua suspek dimasukkan ke lokap Siburan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) ADB 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) akta yang sama,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia