Utusan Borneo (Sarawak)

57 warga asing diberkas dalam Ops Ikrar

-

BUTTERWORT­H: Jabatan Imigresen Malaysia ( JIM) Pulau Pinang menahan 57 warga asing termasuk 17 lelaki dalam Ops Ikrar yang dijalankan di beberapa lokasi tumpuan mereka termasuk pusat hiburan dan rumah urut di sekitar negeri itu bermula jam 2 petang kelmarin (Sabtu) hingga awal pagi semalam (Ahad).

Pengarahny­a Meor Hezbullah Meor Abdul Malik berkata operasi selama 15 jam tersebut dijalankan hasil maklumat awam serta intipan dan risikan pihaknya sejak seminggu lalu.

“Dalam operasi pertama di sekitar Kampung Deli dan Jalan Penang di George Town, kami membuat serbuan di tiga buah rumah tumpangan yang dijadikan lokasi wanita menawarkan khidmat seks dan pihak JIM Pulau Pinang menahan 13 pelacur warga asing.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 11 wanita Indonesia dan tiga wanita Bangladesh. Selain itu kami turut menahan 10 lelaki warga asing iaitu enam Nepal, Bangladesh (dua) serta seorang lelaki Myanmar,” katanya di sini semalam. Katanya 10 lelaki yang ditahan itu merupakan pelanggan pelacur warga asing di situ dan pemeriksaa­n mendapati 23 warga asing terbabit telah menyalahgu­nakan pas lawatan sosial selain ada yang tiada dokumen perjalanan diri.

Meor Hezbullah berkata dalam operasi kedua, pihaknya membuat pemeriksaa­n di tiga pusat urut, urutan kaki dan pusat terapi di sekitar Perai di sini dan menahan enam wanita masing-masing tiga warga Thailand dan Vietnam serta seorang lelaki Bangladesh yang bekerja di premis berkenaan.

“Kami memeriksa 17 warga asing di tiga buah premis itu dan mendapati tujuh daripada mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan diri dan menyalahgu­nakan pas lawatan sosial.

Mereka masuk sebagai pelancong tetapi bekerja di sini,” katanya.

Katanya pihaknya turut membuat pemeriksaa­n di tiga pusat hiburan di Bayan Lepas dan Lorong Madras bermula 11 malam tadi dan menahan 27 warga asing yang kebanyakan­nya adalah pelayan pelanggan di premis tersebut. Beliau berkata seramai 39 orang diperiksa dan 27 ditahan kerana pelbagai kesalahan imigresen antaranya menyalahgu­nakan pas lawatan sosial, tinggal lebih masa dan tiada dokumen perjalanan diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia