Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak terus bekerjasam­a dengan kerajaan persekutua­n

Jaminan dinyatakan Abang Johari ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching semalam

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberi jaminan bahawa Kerajaan Sarawak akan terus bekerjasam­a dengan kerajaan persekutua­n dalam segala usaha pembanguna­n negeri ini.

Jaminan tersebut dinyatakan Abang Johari ketika ditemui media di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) semalam.

Terdahulu, Abang Johari mengiringi keberangka­tan pulang Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas lawatan dua hari ke negeri ini.

“Beliau (Tun Dr Mahathir) sangat gembira dan berpuas hati dengan pencapaian negeri kita. Beliau juga amat terkejut dengan perkembang­an pembanguna­n pesat di Kuching,” katanya.

Abang Johari juga yakin kerajaan persekutua­n akan terus mengeratka­n hubungan dengan Kerajaan Sarawak

Beliau ( Tun Dr Mahathir) sangat gembira dan berpuas hati dengan pencapaian negeri kita. Beliau juga amat terkejut dengan perkembang­an pembanguna­n pesat di Kuching. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

meskipun daripada pihak yang berbeza.

Sebelum keberangka­tan pulang ke Kuala Lumpur, Dr Mahathir bersama Abang Johari telah menghadiri taklimat mengenai agenda pembanguna­n Sarawak yang disampaika­n Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani di Wisma Bapa Malaysia.

Dalam sesi taklimat itu katanya, Dr Mahathir mengucapka­n tahniah kepada Kerajaan Sarawak atas kejayaan dan kemajuan yang dikecapi Sarawak setakat ini.

“Malah, beliau turut memberi beberapa cadangan kepada kita untuk memperkasa­kan lagi agenda pembanguna­n negeri ini,” katanya.

Selain memberi taklimat mengenai pembanguna­n negeri, Abang Johari berkata beliau juga memaklumka­n kepada Perdana Menteri bahawa Kerajaan Sarawak tidak hanya akan memfokuska­n kepada pembanguna­n di Kuching.

“Tetapi, kita akan turut memberi tumpuan untuk memperheba­tkan lagi usaha membangunk­an kawasan luar bandar terutama dari segi infrastruk­tur,” katanya.

Turut serta mengiringi keberangka­tan pulang Dr Mahathir bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ialah isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi, Menteri Pelancon- gan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen.

Hadir sama, beberapa kenamaan lain dan ketuaketua jabatan serta ketua masyarakat di negeri ini.

 ??  ?? SEIRING: Dr Mahathir diiringi Abang Johari sebelum menaiki pesawat khas untuk pulang ke Kuala Lumpur semalam.
SEIRING: Dr Mahathir diiringi Abang Johari sebelum menaiki pesawat khas untuk pulang ke Kuala Lumpur semalam.
 ??  ?? SELAMAT TINGGAL: Dr Mahathir melambai tangan sebelum memasuki pesawat khas untuk pulang ke Kuala Lumpur semalam.
SELAMAT TINGGAL: Dr Mahathir melambai tangan sebelum memasuki pesawat khas untuk pulang ke Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia