Utusan Borneo (Sarawak)

Radio, televisyen berperanan penting sampaikan maklumat tepat, bermanfaat

-

MIRI: Peranan radio dan televisyen penting dalam menyampaik­an maklumat yang tepat serta bermanfaat kepada masyarakat setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata, keduaduany­a bukan sahaja menyampaik­an maklumat, tetapi turut membantu menjernihk­an salah faham dalam kalangan rakyat.

“Sebagai contoh, radio dan televisyen boleh memetik fakta-fakta yang sahih khususnya berita mengenai politik kerajaan kita, selain yang dikeluarka­n melalui akhbar-akhbar tempatan.

“Inikeranas­egelintirm­asyarakat kita lebih percaya kepada berita-berita yang ditularkan di media-media sosial tanpa usul periksa terlebih dahulu,” jelasnya.

Dennisyang­mewakiliMe­nteri Muda Bekalan Air Datuk Liwan Lagang berkata demikian pada Majlis Makan Malam Menghargai Stesen Radio Bahasa Kayan yang kembali berpusat di bandar raya Miri anjuran Persatuan Kayan Sarawak (PKS) Miri di sini pada Sabtu lalu.

Beliau yang juga merupakan presiden PKS turut mengingatk­an rakyat agar tidak terlalu panik dengan berita-berita yang tular, sebaliknya lebih tenang sehingga mendapatka­n info yang betul.

“Terutama mengenai kepentinga­n hak-hak rakyat kita di sini. Ingin saya tegaskan bahawa Kerajaan Sarawak sentiasa melihat dari segi pelbagai aspek demi kepentinga­n kita dan tidak ada mana-mana komuniti kita yang tertinggal bagi bersama mendapatka­n manfaat,” ujarnya.

Mengulas mengenai majlis berkenaan, Dennis memberitah­u bahawa radio Kayan terbabit merupakan platform penting komuniti itu untuk mendapatka­n maklumat berkaitan masyarakat Kayan khususnya kepada pendengar dalam kalangan belia.

“Seperti yang kita ketahui, anak-anak muda pada masa kini lebih cenderung kepada teknologi atau gajet masingmasi­ng.

“Dengan adanya siaran radio tersebut, bukan sahaja memberi pelbagai maklumat, malah menerusi bahasa ibunda kita membantu mereka lebih fasih menguasain­ya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangk­an komuniti Kayan saling berkongsi maklumat terutama mengenai sejarah masyarakat Kayan atau cerita rakyat yang boleh dikongsika­n untuk generasi muda.

“Saya juga mengalu-alukan anak-anak Kayan khususnya mereka yang sedang melanjutka­n pelajaran di peringkat ijazah dan mahu mem- buat penyelidik­an mengenai masyarakat kita tersebut, memberikan cadangan tersebut kepada saya.

“Dengan itu, bolehlah saya membuat permohonan untuk dana penyelidik­an terbabit kepada Ketua Menteri Datuk Patingga Abang Johari Tun Openg, sebagimana dana penyelidik­an untuk masyarakat Jati Miriek dan Kedayan yang telah diluluskan,” tambahnya.

Hadir sama ialah Temenggung Elizabeth Deng, Ketua Penolong Pengarah Siaran Radio Sarawak Tabad Sakai, Pengurus RTM Miri Zaidi Bujang, Pengerusi PKS Miri Jeffrey Ngau serta tetamu kehormat yang lain.

 ??  ?? ULANG TAHUN: Dennis bersama tetamu kehormat yang lain memotong kek sempena menghargai stesen radio bahasa Kayan kembali berpusat di bandar raya Miri, Sabtu lalu.
ULANG TAHUN: Dennis bersama tetamu kehormat yang lain memotong kek sempena menghargai stesen radio bahasa Kayan kembali berpusat di bandar raya Miri, Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia