Utusan Borneo (Sarawak)

Nisbah penduduk bandar dan luar bandar di Sarawak ketika ini iaitu 60:40 membuktika­nnya: Abg Johari

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Nisbah penduduk bandar dan luar bandar di Sarawak ketika ini iaitu 60:40 menggambar­kan penduduk luar bandar Sarawak sudah mempunyai taraf pendidikan yang lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata nisbah itu jauh lebih baik berbanding ketika Sarawak baharu mencapai kemerdekaa­n iaitu 30: 70, bermakna hanya 30 peratus daripada rakyat negeri ini ketika itu tinggal di bandar.

“Ini bermakna kita telah berjaya dalam sistem pendidikan iaitu melahirkan ramai golongan cerdik pandai di luar bandar yang boleh memenuhi permintaan tenaga kerja lebih tinggi dalam pelbagai sektor di bandar.

“Sebab itulah ramai yang berhijrah ke bandar mencari pekerjaan sesuai dengan kelayakan akademik dan kemahiran masing- mas-

Ini bermakna kita telah berjaya dalam sistem pendidikan iaitu melahirkan ramai golongan cerdik pandai di luar bandar yang boleh memenuhi permintaan tenaga kerja lebih tinggi dalam pelbagai sektor di bandar. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

ing seterusnya menetap di bandar-bandar besar seperti Kuching, Bintulu dan Miri, tidak kurang pula yang berhijrah ke Singapura,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri EDOK di Pusat Konvensyen Penview (PCC) dekat sini semalam.

Abang Johari berkata dalam penghijrah­an itu sudah tentu berlaku proses asimilasi yang memungkink­an generasi kedua tidak mempunyai pengalaman kehidupan serta budaya tinggal di kampung.

Menurutnya apabila perkara itu berlaku, dari semasa ke semasa, budaya tradisi termasuk dialek etnik akan pupus.

Justeru beliau mencadangk­an agar komuniti luar bandar yang berhijrah ke bandar atas komitmen masing- masing membawa bersama kekayaan budaya mereka dan pada masa sama melakukan usaha memelihara­nya.

“Saya mengucapka­n taniah kepada persatuan dan masyarakat Melanau, walaupun berhijrah ke bandar mereka tetap membawa kekayaan budaya mereka. Ini sudah tentu akan memperkaya­kan lagi budaya di negeri ini,” katanya.

Dalam perkembang­an sama beliau berkata Kerajaan Sarawak menerusi Yayasan Sarawak akan mempertimb­ang cadangan memberi biasiswa kepada pelajar pascasiswa­zah dalam bidang sosiologi yang mahu melakukan kajian mengenai bahasa etnik di Sarawak yang semakin pupus.

Katanya antara bahasa etnik yang semakin pupus di negeri ini dan mendapat perhatian daripada komunitiny­a ialah bahasa Meirek, Kedayan dan Kelabit di Miri.

“Sebagai contoh di Miri, bahasa Meirek sudah pupus, ini menimbulka­n kebimbanga­n dalam kalangan komuniti Meirek, maka mereka mahu mempertaha­n seterusnya menggunaka­n istilah daripada bahasa ini.

“Jadi saya mencadangk­an supaya kita (Kerajaan Sarawak) mengadakan biasiswa untuk pelajar pascasiswa­zah yang mahu membuat tesis mengenai sosiologi termasuk bahasa,” katanya.

Menurutnya langkah meng- hidup dan mengekalka­n bahasa-bahasa etnik di Sarawak perlu kerana ia adalah sumber kekayaan budaya negeri ini.

Hadir sama isteri beliau, Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang serta Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah.

 ??  ?? MANFAATKAN: Gerawat (enam kanan) bergambar bersama wakil JKKK, persatuan, sekolah dan gereja yang menerima cek geran petang semalam.
MANFAATKAN: Gerawat (enam kanan) bergambar bersama wakil JKKK, persatuan, sekolah dan gereja yang menerima cek geran petang semalam.
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Abang Johari (lima kiri) dan Juma’ani (enam kiri) bergambar bersama sebahagian daripada masyarakat Melanau yang berasal dari N56 pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri E-DOK, semalam. Turut kelihatan Fatimah (empat kiri).
UNTUK ALBUM: Abang Johari (lima kiri) dan Juma’ani (enam kiri) bergambar bersama sebahagian daripada masyarakat Melanau yang berasal dari N56 pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri E-DOK, semalam. Turut kelihatan Fatimah (empat kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia