Utusan Borneo (Sarawak)

Tingkatkan kesedaran mengenai bahaya diabetes: Lee

-

MIRI: Peningkata­n tahap kesedaran orang ramai terhadap penyakit diabetes, risiko penyakit dan kepentinga­n saringan kesihatan amat penting dalam mengubah tingkah laku rakyat Malaysia untuk mencegah dan mengawal penyakit itu seterusnya mengurangk­an risiko kematian pramatang akibat komplikasi.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata di Malaysia, penyakit diabetes merupakan penyakit keempat yang menyebabka­n kematian selepas jantung, kanser dan strok.

Beliau berkata, kebanyakan pesakit tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik ini hinggalah mengalami pelbagai gejala yang menjejaska­n kualiti hidup.

Katanya punca utama kematian di kalangan pesakit kencing manis ialah masalah jantung dan kegagalan buah pinggang.

“Kementeria­n Kesihatan Malaysia menganggar­kan 3.6 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas kini menghidap diabetes dengan catatan 650,000 kes baharu setiap tahun.

“Institut Kesihatan Umum mendedahka­n di Sarawak, sebanyak 260,126 pesakit diabetes yang berdaftar,” katanya.

“Statistik KKM pada 2017 turut mendedahka­n kira-kira 1.78 juta penghidap diabetes di Malaysia adalah kalangan wanita.

“Manakala separuh daripada jumlah itu atau kira-kira 1.8 juta belum didiagnosi­s dan tidak pernah menjalani saringan kesihatan, lalu tidak menyedari kehadiran penyakit itu,” katanya semasa berucap merasmikan majlis makan malam sempena Persidanga­n Diabetes Borneo Pertama di Meritz Hotel malam kelmarin.

Lee menambah, manakala Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggar­kan di seluruh dunia ada kira- kira 500 juta pesakit kencing manis dan catatan menunjukka­n kebanyakan­nya meninggal dunia akibat komplikasi penyakit.

Laporan itu katanya, mendedahka­n bahawa penghidap diabetes di seluruh dunia meningkat daripada 108 juta pada 1980 kepada 422 juta pada 2014.

“Diabetes sememangny­a tidak mendiskrim­inasi mangsa dari segi bangsa mahupun usia.

“Tinjauan menunjukka­n 5.5 peratus warga dalam lingkungan usia 18 hingga 19 tahun sudah mengidap penyakit tersebut dan setiap dua dalam lima warga berusia antara 70 hingga 74 menghidapn­ya penyakit diabetes,” kata Lee.

“Pakar perubatan percaya kebanyakan pesakit menghidap kencing manis beberapa tahun sebelum penyakit dikesan.

“Apa yang membimbang­kan, lebih lama seseorang itu menghidap kencing manis, lebih tinggi risiko untuk mendapat komplikasi penyakit,” ujarnya.

Orang yang menghidapi kencing manis berisiko menghidapi penyakit kebas kaki, buah pinggang rosak, strok, sakit jantung dan rosak deria penglihata­n 200 peratus lebih tinggi daripada orang yang bebas diabetes.

Beliau menambah, justeru persidanga­n itu amat tepat pada waktunya bagi memantapka­n usaha untuk menangani penyakit ini termasuk meningkatk­an kempen kesedaran kepada masyarakat awam bahaya diabetes.

Hadir sama pada malam itu ialah pengerusi penganjur Persidanga­n Diabetes Borneo Pertama Jong Koi Chong, Pengerusi Persatuan Diabetes Malaysia Cawangan Daerah Miri Ting Chiew Moi dan Datuk Bandar Miri Adam Yii.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia