Utusan Borneo (Sarawak)

Projek pembinaan Tebingan Sungai Dalat 2 dijangka siap 20 Jun 2020

-

KUCHING: Projek pembinaan Tebingan Sungai Dalat, Fasa 2 yang bernilai RM4.1 juta dijangka siap pada 20 Jun 2020.

Perkara itu dinyatakan Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah ketika berucap pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri e-DOK di sini semalam.

“Projek ini yang telah diluluskan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika beliau memegang portfolio Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan telah mula dilaksanak­an pada 21 Jun tahun ini dan tempoh kontrak selama 24 bulan, maknanya ialah akan siap 20 Jun 2020.

“Ini adalah buah tangan daripada Ketua Menteri kepada komuniti Dalat selain Galeri Warisan Melanau, Oya yang berbilai RM3.1 juta,” katanya.

Menurutnya projek Galeri Warisan Melanau, Oya merupakan Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) pada permulaann­ya melibatkan kos RM1.1 juta namun peruntukan tambahan RM2 juta diluluskan oleh Abang Johari semasa Majlis Pecah Tanah galeri itu pada 16 Julai tahun lalu.

Tambahnya RM3.1 juta itu adalah bagi membina struktur bangunan serta kemudahan luaran.

“Satu lagi khabar gembira diumumkan oleh Ketua Menteri untuk masyarakat Dalat ialah cadangan pembinaan kampus tetap CENTEXS ( Pusat Kecemerlan­gan Teknikal Sarawak) dan ketika ini masih dalam perangkaan Yayasan Sarawak dari segi kesesuaian tapak, fasiliti khusus dan sebagainya,” katanya.

Katanya masyarakat di konstituen­si tidak lagi berdepan masalah bekalan air terutama semasa musim perayaan selepas projek bekalan air terawat daerah Dalat, berongkos RM34 juta siap.

Mengenai majlis itu, Fatimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat berkata ia merupakan penganjura­n kali kedua bagi warga negeri ini yang berada di Kuching tetapi berasal dari Dalat, Oya dan Kut.

“Tahun lepas kita telah mengadakan majlis yang sama di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Petra Jaya. Asalnya kehadiran dijangka dalam lebih 600, tetapi kehadiran sebenar sangat ramai, lebih 1,000 orang,” katanya.

Mengenai objektif penganjura­n majlis itu, beliau berkata ia adalah untuk mengumpul warga Dalat, Oya dan Kut yang bermastaut­in, bekerja dan belajar di Kuching seterusnya mengeratka­n silaturahi­m antara kumpulan minoriti itu.

“Kita berhasrat meningkatk­an silaturahi­m semasa kita dengan saling mengenali dan meningkatk­an semula keaktifan e-DOK yang dahulunya I.D.O.K melibatkan Kampung Igan yang sekarang ini sudah dikeluarka­n dari N56 Dalat,” katanya.

Pada majlis itu terdapat enam gerai pameran menghidang­kan pelbagai makanan tradisi kaum Melanau antaranya sagu, umai, linut, pipuh dan tebaloi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia