Utusan Borneo (Sarawak)

SUPP Piasau berusaha kumpul dana bantu mangsa letupan gas

-

MIRI: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Piasau sedang berusaha mengumpul dana berjumlah RM180,000 bagi membantu rawatan perubatan mangsa kebakaran Serene Wong Hong Sien dalam tempoh penyembuha­n tiga tahun.

Ahli Dewan Undangan Negeri Piasau Datuk Sebastian Ting berkata, sumbangan orang ramai amat diperlukan dan boleh disalurkan kepada SUPP Piasau yang kemudianny­a akan diserahkan kepada Wong.

Terdahulu Wong yang merupakan mangsa kebakaran akibat letupan gas Mei lalu ditemani ibunya Alice Liew berjumpa Sebastian untuk memohon bantuan.

Sebastian berkata, keadaan Wong yang masih belum sembuh sepenuhnya menyebabka­nnya tidak dapat meneruskan sesi perse- kolahan di SMK Chung Hua Miri.

“Orang awam yang mahu menyumbang atau menderma boleh datang ke pejabat SUPP Piasau atau melalui akaun bank Alliance atas nama Pusat Informasi dan Perkhidmat­an Sehati SUPP ( 1102700100­15028),” ujarnya.

Bagaimanap­un katanya, jika sumbangan melebihi daripada jumlah yang diperlukan, ia akan digunakan untuk membantu kes-kes lain yang seumpamany­a.

Orang awam juga boleh menghubung­i Bong di talian 019-8646070 untuk mengetahui lebih lanjut cara menyumbang.

Sebastian berkata, keluarga berkenaan membelanja­kan kira-kira RM5,000 sebulan untuk rawatan Wong termasuk kos ubatubatan dan krim kulit khas.

“Salah satu krim ber- harga lebih RM50 dan hanya mampu bertahan selama dua hari dan kos rawatannya amat ringgit,” jelasnya.

Wong bersama abangnya yang berusia 18 tahun melecur apabila gas masakan di rumah mereka meletup pada 15 Mei lalu.

Kejadian malang itu turut meragut nyawa abangnya yang meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Miri, sementara Wong ditempatka­n di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama dua minggu dan menjalani pembedahan kulit.

Wong sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah dan sejak itu, ibunya berhenti kerja untuk menjaganya sehingga benar-benar sembuh.

Keluargait­ukinimenye­wa sementara di Lutong selepas rumah mereka musnah dalam kejadian letupan gas terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia