Utusan Borneo (Sarawak)

Selesaikan segera masalah bekalan diesel sekolah terpaksa dicatu

-

MUKAH: Isu bekalan diesel yang terpaksa dicatu di kawasan sekolah terutama di pedalaman negeri ini menjadi kebimbanga­n ramai pihak.

Isu berkenaan dianggap salah satu perkara yang sangat dekat kerana ia melibatkan kemudahan iaitu bekalan elektrik.

Ahli Dewan Undangan Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya berkata, beliau berharap pihak bertanggun­gjawab mencari penyelesai­an segera ke atas masalah berkenaan yang timbul baru-baru ini.

“Kita harap isu ini segera diselesai dan diberi keutamaan sebelum hal-hal lain,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Di Sarawak khasnya, terdapat sekolah kebangsaan (SK) berasrama penuh iaitu untuk kanak-kanak berumur kurang 12 tahun di mana keadaan itu sangat kritikal jika tiada bekalan elektrik.

Sebagai contoh, ketiadaan bekalan elektrik pada waktu malam membuatkan mereka menggantik­an sumber cahaya dengan mendapatny­a daripada pelita dan lilin.

Itu adalah salah satu daripada risiko besar yang ditanggung melibatkan keselamata­n dan nyawa.

“Kita harap dan percaya di bawah pentadbira­n kerajaan ( persekutua­n) melalui menteri yang bertanggun­gjawab dapat memberi penyelesai­an dengan segera akan hal berbangkit ini,” jelasnya.

Juanda juga menyamakan bekalan diesel ke sekolah-sekolah di kawasan pedalaman umpama ‘makan nasi’ bagi sesetengah penduduk.

“Bekalan diesel seperti ‘makan nasi’, tidak boleh terlewat atau leka sedikit pun,” ujar beliau.

Tinjauan Utusan Borneo melalui Facebook turut memaparkan kebanyakan kakitangan di sekolah yang bergantung kepada catuan diesel merungut mengenai hal dinyatakan.

Rata-rata mereka mahukan penyelesai­an diambil segera supaya hal tersebut tidak lagi berlaku dan berulang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia