Utusan Borneo (Sarawak)

Festival KanakKanak 2018 dan Stem Playground 201, 4-5Ogos

-

MIRI: Pustaka Negeri Sarawak Miri akan menganjurk­an Festival Kanak-Kanak dan Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) Playground dengan kerjasama Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) pada 4 dan 5 Ogos depan.

Acara tersebut turut disokong Institusi Kejurutera­an Elektrik dan Elektronik (IEEE), Curtin University Malaysia, Chumbaka dan Sedidik Sdn Bhd.

Majlis Perasmian Festival Kanak-Kanak dan STEM Playground akan diadakan sejurus selepas Ceramah:‘Ibu Cool, Bapa Hebat’ yang bermula jam 9 pagi.

Ceramah tersebut akan dikendalik­an penulis buku Jamilah Samian.

Aktiviti lain yang akan diadakan termasuk pertanding­an bakat kanak- kanak dan Peraduan pop art. Selain itu, sepanjang dua hari program akan berlangsun­g juga demonstras­i cetakan 3D, sesi literasi maklumat, cabaran mBot, pembentang­an inovasi muda, bengkel & pertanding­an dron serta kempen keahlian Pustaka.

Acara akan bermula dar ijam 8.30 pagi hingga 5 petang.

Para ibu bapa dan guru digalakkan membawa anak- anak dan pelajar berusia 5 sehingga 12 tahun ke program yang bertujuan menarik minat masyarakat khususnya generasi muda dalam bidang sains, matematik, kejurutera­an dan teknologi ini. Kemasukan adalah percuma.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Baun Pulo, Zuwahir Ilias di talian 085422525 atau melalui e-mel lilianbp@ sarawak. gov. my zuwahiri@

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia