Utusan Borneo (Sarawak)

Sistem perparitan, saliran di Lambir akan dinaik taraf

-

MIRI: Kerja menaik taraf sistem perparitan dan saliran di Lambir melibatkan peruntukan RM10 juta dijangka dilaksanak­an hujung tahun ini atau awal tahun depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Lambir Ripin Lamat berkata, ia membabitka­n tiga kawasan iaitu Taman Tunku, Sungai Rait dan Tukau.

“Kita akan membahagik­an peruntukan ini mengikut keperluan projek ketiga-tiga kawasan ini untuk naik taraf sistem perparitan, pembersiha­n sungai dan sebagainya,” katanya pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri di kediamanny­a semalam.

Ripin menambah, semua agensi pelaksana seperti Majlis Bandaraya Miri (MBM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta agensi lain akan berbincang mengenai perkara itu.

“Kita akan berbincang dengan kesemua agensi pelaksana untuk mengenal pasti masalah yang menyebabka­n banjir kilat dan usaha menyelesai­kannya,” ujarnya.

Ripin berkata, ia kemungkina­n akan dilaksanak­an seawal Disember tahun ini atau Januari tahun depan memandangk­an peruntukan RM10 juta telah diluluskan.

Ditanya sama ada Taman Tunku masih mengalami masalah banjir kilat akibat hujan lebat baru-baru ini, Ripin mengesahka­n kejadian itu tidak berlaku.

“Bagaimanap­un kita masih bimbang kerana keadaan perparitan yang belum selesai sepenuhnya dengan peruntukan awal RM1.5 juta tidak mencukupi,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah meluluskan peruntukan RM10 juta bagi menaik taraf sistem perparitan dan saliran di Lambir.

Ia diumumkan pada Majlis Sejiwa Senada 2018 Sibuti di pekarangan Pusat Transforma­si Luar Bandar (RTC) Sibuti pada 1 Mei lalu.

Lebih 100 tetamu terdiri daripada ketua masyarakat, ketua agensi kerajaan dan swasta serta orang awam menghadiri rumah terbuka berkenaan.

Selain dihidangka­n dengan pelbagai juadah hari raya, kanak-kanak juga diberikan duit raya, selain sesi pemainan dan karaoke.

 ??  ?? TUMPUAN: Ripin ketika ditemu ramah pihak media pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri di kediamanny­a di Miri semalam.
TUMPUAN: Ripin ketika ditemu ramah pihak media pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri di kediamanny­a di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia