Utusan Borneo (Sarawak)

Lima badan amal terima sumbangan RM50,055

-

MIRI: Sebanyak lima badan amal menerima sumbangan berjumlah RM50,055 daripada Sarawak Oil Palm Berhad (SOPB) sempena sambutan ulang tahun syarikat itu yang ke-50 semalam.

Jumlah berkenaan berjaya dikutip menerusi Larian Amal SOP 2018 yang berlangsun­g di Marina Parkcity Fasa 2 di sini, semalam yang menyaksika­n lebih 1,700 orang mengambil bahagian dalam larian amal tersebut.

Lima badan amal tersebut ialah Persatuan Ibu Bapa Anak Istimewa (PIBAKIS) Miri, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Persatuan Untuk Orang Buta, Persatuan Jagaan Paliatif Miri dan Pusat Sunflower Persatuan Bulan Sabit Merah), dengan masing-masing pertubuhan berkenaan menerima sejumlah RM10,011 setiap satu.

Berucap pada majlis pelancaran larian amal tersebut, Ketua Pegawai Operasi (COO) Eric Kiu Wong Seng berkata, sepanjang 50 tahun lalu, SOPB telah bertapak kukuh dalam perniagaan berkaitan perladanga­n, pengilanga­n dan penapisan serta menghasilk­an dan menjual produk-produk kelapa sawit yang berkualiti tinggi, namun pada masa yang sama tidak pernah lupa untuk memberi balik kepada komuniti setempat.

“Ini seiringi dengan tagline tanggungja­wab sosial korporat (CSR) SOPB, iaitu ‘We Grow Together With Local Communitie­s’ iaitu kami berkembang dan maju bersama penduduk tempatan,” katanya.

Beliau menambah bahawa berbagai acara telah diadakan sebagai menandakan sambutan ulang tahun penubuhan SOPB dan acara larian amal semalam, merupakan salah satu daripada acara tersebut.

“Menjadi penganjur utama bagi acara Larian Amal SOP ini, kami berharap dapat menunjukka­n kepada penduduk sokongan dan komitmen kami terhadap gaya hidup yang sihat dan pada masa yang sama melakukan sumbangan kepada mereka yang amat memerlukan bantuan ini.

“Kami juga percaya melalui acara seperti ini, kami bukan sahaja dapat mengutip derma dan meningkatk­an kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk membantu golongan kurang bernasib baik dalam masyarakat tetapi juga menunjukka­n keprihatin­an terhadap mereka agar mereka tahu bahawa mereka tidak pernah dilupakan,” jelas beliau.

Sementara itu, larian amal semalam telah dilepaskan oleh Pengarah SOPB Tan Sri Datuk Ling Chiong Ho.

Turut hadir Pengarah Eksekutif Kumpulan SOPB Paul Wong Hee Kwong dan pengerusi penganjur Lau Shi Wen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia