Utusan Borneo (Sarawak)

Surau Assalam, KIPK rai berakhirny­a bulan Syawal

-

BINTULU: Bertepatan dengan usaha untuk mengukuhka­n hubungan golongan pendidik dengan masyarakat setempat, Surau Assalam di Kuarters Institut Pendidikan Kidurong (KIPK) telah mengadakan program berakhirny­a sambutan raya dan bulan Syawal pada Majlis RamahTamah Aidilfitri di pekarangan surau tersebut semalam.

Perasmian majlis disempurna Pegawai Khas Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing, Azman Abdul Rahman dan dihadiri Pegawai Pusat Kegiatan Guru Bintulu Muhd Safwan Abdullah, Pengerusi Surau Assalam KIPK Janudin Abdul Rahman, Pengarah Kolej Vokasional Bintulu Jamali Muhamad dan Mudir Pusat Tahfiz Bintulu Ustaz Hussien Zainul Arifin.

Selain itu tetamu lain yang hadir ialah Guru Besar SK Orang Kaya Mohamad Mor- diana Amir, Guru Besar SK Kidurong Afendi Son, Guru Besar SK Kidurong 2 Sintan Lugat, Ketua Kaum Kampung Assyakirin Fasa 1 Pengiran Hamdan Pengiran Kerta dan 20 pelajar tahfiz.

Azman menyifatka­n program itu mampu mengukuhka­n hubungan silaturahi­m antara warga KIPK dengan masyarakat setempat sekali gus menyeru warga KIPK saling bekerjasam­a dalam melaksana- kan pelbagai program pada masa depan.

Beliau berharap program itu akan diteruskan dan Pejabat Perkhidmat­an Ahli Parlimen Bintulu akan terus membantu menyokong program seumpamany­a serta akan turut membantu menyumbang kewangan pada setiap tahun untuk aktiviti bulan Ramadan, sambutan raya kepada setiap masjid dan surau di bahagian ini.

 ??  ?? RASMI: Azman, Janudin (tengah) dan tetamu lain memotong kek sebagai simbolik perasmian majlis sambil disaksikan yang lain.
RASMI: Azman, Janudin (tengah) dan tetamu lain memotong kek sebagai simbolik perasmian majlis sambil disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia