Utusan Borneo (Sarawak)

OUM Pusat Pembelajar­an Miri adakan program bersih Pantai Esplanade

-

MIRI: Open University Malaysia (OUM) Pusat Pembelajar­an Miri buat pertama kalinya mengadakan program membersihk­an pantai di Pantai Esplanade di sini semalam.

Program khidmat sosial yang disertai seramai 70 orang termasuk kakitangan, kelab pelajar, pelajar, Persatuan Badminton Miri dan orang awam itu berjaya mengumpul kira-kira lebih 50 beg plastik hasil kutipan sampah di pantai tersebut.

Pengarahny­a Zuliana Muktar berkata program sehari bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari itu bertujuan menerapkan rasa cinta akan alam sekitar dalam diri warga OUM dan orang awam.

“Melalui program tanggungja­wab sosial korporat ( CSR) ini, kami memberi pendedahan bahawa OUM bukan setakat sebuah universiti semata-mata, malah warganya turut sama ada rasa tanggungja­wab akan kebersihan alam sekitar.

“Di samping itu, aktiviti seumpama ini dapat mengeratka­n lagi hubungan silatura- him dan interaksi sosial antara pengurusan OUM Miri, tutor, pelajar dan masyarakat setempat,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Di samping itu, Zuliana turut menyaranka­n kepada pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) untuk kerap membuat pembersiha­n di pantai tersebut.

“Kami agak terkejut juga melihat keadaan pantai tersebut yang begitu kotor dipe- nuhi sampah.

“Ini pemandanga­n yang amat menyedihka­n kerana Pantai Esplanade cantik dan menjadi tumpuan ramai terutama pada hujung minggu,” katanya.

 ??  ?? JAGA KEBERSIHAN: Warga OUM dan orang awam mengambil gambar kenangan selepas selesai membersihk­an pantai Esplanade.
JAGA KEBERSIHAN: Warga OUM dan orang awam mengambil gambar kenangan selepas selesai membersihk­an pantai Esplanade.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia