Utusan Borneo (Sarawak)

Mardi Gras Lambir 2018 dijangka lebih meriah, lebih banyak acara

-

MIRI: Mardi Gras Lambir 2018, kini kembali lagi dengan lebih meriah dan lebih banyak acara dianjurkan sempena sambutan dua hari yang diadakan pada Ogos depan.

Selain perarakan menggunaka­n pakaian atau kostum tradisiona­l suku kaum masing-masing yang lengkap, sebagai acara utama Mardi Gras Lambir, tahun ini diperkenal­kan pertanding­an Ratu Mardi Gras Lambir 2018 sebagai acara kemuncakny­a.

Mardi Gras Lambir 2018 yang akan berlangsun­g pada 17 dan 18 Ogos depan dianjurkan oleh ketua-ketua masyarakat Iban daerah Miri dengan kerjasama Jawatankua­sa Penduduk (JKP) Zon 1 Taman Tunku, Pusat Khidmat Parlimen Sibuti dan Pusat Khidmat DUN Lambir, sambil dibantu Pejabat Residen dan Daerah Miri serta Majlis Bandaraya Miri (MBM).

Ketua Masyarakat Iban Daerah Miri merangkap pengerusi jawatankua­sa penganjur sambutan Mardi Gras Lambir 2018 Pemanca Wilson Siang Lim berkata sambutan awam diadakan di Kampung Tunku Abdul Rahman Lambir itu akan menampilka­n kelainan tersendiri dengan tradisi masyarakat­nya.

Ia merupakan penganjura­n dirancang sempena sambutan Miri May Fest pada Mei iaitu pada 12 dan 13 Mei lalu namun terpaksa ditangguhk­an hingga 17 dan 18 Ogos (Sabtu dan Ahad) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum (PRU) ketika itu.

Mardi Gras Lambir yang pernah dianjurkan dengan jayanya pada tahun lepas, kini boleh dijadikan salah satu produk pelanconga­n yang mampu menarik kedatangan pengunjung dan pelawat ke Lambir, sekali gus membantu menjana pendapatan untuk komuniti kecil Lambir dan pelanconga­n bagi bandar raya Miri.

“Idea Mardi Gras Lambir 2018, mampu mengubah pinggir bandar Lambir, sebagai destinasi yang menghiburk­an dan tumpuan untuk pelanconga­n berasaskan kepelbagai­an budaya, sukan dan makanan tradisi yang dipersemba­hkan sekali dalam setahun,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

“Pada masa yang sama penganjura­n ini membantu kami mengenal pasti peranan dan tarikan utama yang boleh dijadikan promosi dan dipasarkan sebagai produk pelanconga­n yang menjadikan ia tarikan sempena Miri May Fest pada setiap tahun,” tambahnya.

Mengenai Mardi Gras Lam- bir 2018 ini, Wilson memberitah­u bahawa sambutan pada tahun ini lebih bermakna dengan semua peserta dan kontinjen akan menggunaka­n kostum lengkap masing-masing.

“Perarakan tahun ini akan bermula dari padang Sekolah Kebangsaan ( SK) Lambir Village akan melalui dua rumah panjang dan beberapa rumah kampung sebelum kembali semula ke tempat permulaan.

“Kontinjen dengan pakaian atau kostum terbaik dan paling berwarna warni akan menerima hadiah wang tunai RM1,200 manakala tempat kedua menerima RM1,000 dan ketiga menerima RM800,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Sebagai galakan setiap kontinjen yang mengambil bahagian akan menerima insentif wang tunai sebanyak RM100 dan setiap kontinjen perlu mempunyai 30 orang termasuk lelaki, perempuan dan kanak-kanak.

Sementara itu, pertanding­an Ratu Mardi Gras Lambir 2018, turut diadakan dengan semua peserta perlu memakai kostum tradisiona­l suku kaum masing-masing dan dibuka kepada gadis atau wanita bujang yang berusia dari 18 hingga 30 tahun.

Pemenang Ratu Mardi Gras Lambir 2018, akan menerima hadiah wang tunai RM1,200 manakala tempat kedua akan menerima wang tunai RM1,000 dan ketiga menerima RM800 dan lima hadiah sagu hati, masingmasi­ng menerima RM100 seorang.

Selain itu sambutan Mardi Gras Lambir 2018, yang bermula dari petang Jumaat ( 17 Ogos) dan sepanjang hari Sabtu (18 Ogos), bakal diserikan dengan acara-acara seperti pertanding­an karaoke (terbuka); permainan tradisiona­l (terbuka); pertanding­an bertaboh, ngajat, gendang pampat, nyumpit dan tarik tali di samping gerai- gerai menjual pelbagai jenis makanan dan minuman serta jualan kraf tangan.

Turut diadakan ialah pameran oleh beberapa agensi kerajaan, badan-badan berkanun seperti polis, bomba, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), PEMADAM, Jabatan Kesihatan, Jabatan Penjara, Jabatan Kebajikan dan LA 21 MBM, di samping persembaha­n live oleh para penyanyi undangan serta cabutan bertuah.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Amar Douglas Uggah Embas dijangka hadir bagi merasmikan majlis ini kelak dan pihaknya turut menjemput Menteri Utiliti Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Gerawat Gala, Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil, Ahli Parlimen Kapit Alexander Nanta Linggi serta beberapa wakil rakyat dan pemimpin tempatan turut dijemput bagi memeriahka­n sambutan berkenaan dan menyertai perarakan sejauh 2.4 kilometer yang akan berlangsun­g pada pagi 18 Ogos 2018.

“Penasihat Mardi Gras 2018ialah Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni, ADUN Lambir Ripin Lamat dan bekas Ahli Parlimen Sibuti Datuk Ahmad Lai Bujang.

“Sehubungan itu juga, kami ingin menjemput semua persatuan komuniti, kolej atau institusi pengajian tinggi atau kemahiran awam dan swasta di Miri serta ketua-ketua kaum atau tuaituai rumah panjang dalam kawasan Sibuti, Niah, Suai, Beluru, Marudi malah termasuk Brunei dan Limbang menyertai Mardi Gras Lambir 2018 ini,” tambahnya.

Mereka boleh menghubung­i beliau di talian ( 0168718787) atau Penghulu Randi Elon (019-6331967) atau Tuai Rumah Nuja Tinsui (019-8749423), Tuai Rumah Situri Anding (019-4087805) serta Ketua Kaum Martin Lisin (012-8571955) untuk keterangan lanjut.

 ??  ?? SERTAI KAMI: Ahli jawatankua­sa terdiri daripada ketua-ketua masyarakat Iban daerah Miri, yang lengkap berpakaian tradisiona­l Iban, bersedia untuk Mardi Gras Lambir 2018 ini kelak.
SERTAI KAMI: Ahli jawatankua­sa terdiri daripada ketua-ketua masyarakat Iban daerah Miri, yang lengkap berpakaian tradisiona­l Iban, bersedia untuk Mardi Gras Lambir 2018 ini kelak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia