Utusan Borneo (Sarawak)

Mengenali potensi diri adalah penting termasuk peranan ibu bapa dalam mengenali potensi diri anak-anak

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Mengenali potensi diri adalah penting termasuk peranan ibu bapa dalam mengenali potensi diri anak- anak, kata Residen Bahagian Sarikei Mohammad Junaidi Mohidin.

Katanya, melalui pemahaman seumpama ini, anakanak akan dapat dibentuk untuk mengetahui tentang hala tuju mereka kerana adanya sokongan dan dorongan daripada ibu bapa yang memainkan peranan sebagai pembuka jalan kepada mereka dalam mengembang­kan potensi diri mereka.

“Ibu bapa tidak seharusnya memaksa anak- anak mereka untuk mengikut kehendak mereka sahaja yang tidak mampu dicapai dan tidak diminati oleh anak- anak sehingga menyebabka­n potensi atau kelebihan yang ada pada anak- anak terpendam dalam diri mereka dan akhirnya merugikan anakanak tersebut.

“Ibu bapa yang bijak seha- rusnya menjadi kawan kepada anak- anak meraka dalam usaha mencungkil potensi anak-anak.

“Cara mudah untuk ibu bapa mengenali potensi anakanak ialah dengan melakukan aktiviti bersama dan memerhatik­an tingkah laku dan kemahiran yang dimiliki mereka,” katanya.

Mohammad berkata demikian pada majlis perasmian Program Komuniti Prihatin bertajuk Mengenali Potensi Diri Dalam Keluarga, petang kelmarin.

Program ini adalah anjuran Jawatankua­sa Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Sarikei dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat di Dewan Sri Sarikei, Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Baru Sarikei.

Menurut Mohammad, persaingan yang semakin kompleks pada hari ini menuntut semua pihak untuk lebih kreatif, inovatif dan berdaya saing.

“Sesiapa yang memiliki pakej yang lengkap ini, akan berupaya meneruskan kelangsung­an hidup dalam dunia yang semakin mencabar manakala bagi mereka yang tidak melengkapk­an diri akan mudah terkandas dan terus keciciran.

“Oleh yang demikian, kita berharap para pelajar bergiat aktif dalam bidang kokurikulu­m yang dianjurkan pihak sekolah, bagi mengimbang­i pencapaian mereka dalam bidang akademik,” katanya.

Seramai 190 pelajar dari tingkatan satu dan dua serta ibu bapa pelajar SMK Sarikei Baru telah menghadiri program itu.

Turut hadir Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Sarikei Tang Kee Lee.

Ibu bapa tidak seharusnya memaksa anak-anak mereka untuk mengikut kehendak mereka sahaja yang tidak mampu dicapai dan tidak diminati oleh anak-anak sehingga menyebabka­n potensi atau kelebihan yang ada pada anak-anak terpendam dalam diri mereka dan akhirnya merugikan anak-anak tersebut. Mohammad Junaidi Mohidin Residen Bahagian Sarikei

 ??  ?? PERTEMUAN: Anak-anak perantau Simanggang merakam gambar kenangan bersama pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri, Sabtu lepas.
PERTEMUAN: Anak-anak perantau Simanggang merakam gambar kenangan bersama pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri, Sabtu lepas.
 ??  ?? MANTAPKAN DIRI: Peserta Program Komuniti Prihatin merakan kenangan bersama tetamu kehormat.
MANTAPKAN DIRI: Peserta Program Komuniti Prihatin merakan kenangan bersama tetamu kehormat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia