Utusan Borneo (Sarawak)

Permohonan pembeli rumah Bumiputera ditolak institusi kewangan diteliti

-

SEPANG: Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan meneliti semula permohonan pembeli rumah mampu milik golongan bumiputera yang ditolak oleh institusi kewangan.

Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata langkah itu bertujuan memastikan golongan berkenaan dapat memiliki rumah selain mengatasi lambakan rumah mampu milik kuota bumiputera yang tidak terjual.

“KPKT juga akan mengadakan pertemuan dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan institusi kewangan yang lain untuk mencari penyelesai­an masalah ini.

“KPKT komited bagi membantu golongan bumiputera memiliki rumah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taklimat Umum Pencegahan Penderaan Seksual Kanak-kanak di Tanjung Sepat, di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasil kajian Institut Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) yang mencadangk­an agar rumah mampu milik kuota Bumiputera yang tidak terjual dilepaskan ke pasaran terbuka.

Penyelidik­an itu turut mendedahka­n bahawa kuota Bumiputera yang tidak terjual dan tidak dilepaskan ke pasaran terbuka hanya mengakibat­kan peningkata­n kos pegangan dan keseluruha­n kos pembanguna­n.

Menurut REHDA ini akan meningkatk­an harga lot bu- kan Bumiputera berikutan kos bagi seunit rumah telah dilepaskan kepada pembeli.

Mengulas dua lagi cadangan oleh kajian berkenaan, Zuraida berkata cadangan berkenaan akan dipertimba­ngkan oleh pihaknya yang kini sedang merangka Dasar Perumahan Negara 2.0 yang dijangka siap penghujung tahun ini.

Dua cadangan berkenaan ialah menetapkan harga siling bagi rumah mampu milik di Kuala Lumpur dan Lembah Klang pada harga RM500,000 dan pembinaan rumah mampu milik diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan manakala pemaju swasta hanya membina rumah yang didorong pasaran tanpa kawalan harga dan kuota. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia