Utusan Borneo (Sarawak)

MOA akan kumpul maklumat, bangunkan model baharu industri padi beras komprehens­if

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani kini berusaha mendapatka­n maklumat dan pandangan bagi membangunk­an satu model baharu industri padi dan beras yang lebih komprehens­if.

Menurut kenyataan, Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), beberapa sesi rundingan bersama pemain industri yang terdiri daripada pesawah, pengilang, pemborong telah diadakan untuk mendapatka­n pandangan.

“Ini termasuk mengkaji semula peraturanp­eraturan sedia ada dan mengemukak­an cadangan penambahba­ikan bagi memastikan peraturan sentiasa relevan dengan perkembang­an semasa,” katanya.

Mengenai Permit Pemindahan Beras, MOA berkata, MOA dalam proses membangunk­an sistem permohonan secara dalam talian seperti mana permohonan lesen lain yang berkait dengan pengedaran padi dan beras seperti lesen borong beras dan lesen runcit beras.

“Pada masa ini kelulusan segera boleh diperoleh serta merta dari pejabat kawalselia padi dan beras di setiap negeri dan tempoh sah permit adalah selama tiga hari,” katanya.

Khamis lepas, Syarikat Faiza Sdn Bhd ( SFSB) meminta kerajaan memansuhka­n permit pemindahan beras kerana ia melambatka­n proses pengagihan, sekali gus memungkink­an pengeluar berhadapan penalti lebih tinggi.

Pengeluar beras terkemuka negara jenama Faiza itu menggesa kerajaan mengkaji semula kesesuaian kadar rebat jualan di pasar raya yang dianggap terlalu tinggi sehingga membebanka­n syarikat Bumiputera.

Pengasas dan Pengarah Urusannya Datuk Faiza Bawumi Sayed Ahmad berkata, pada masa ini, pemindahan keluar beras dari setiap daerah dikenakan permit yang memerlukan kelulusan kira- kira tiga hari bekerja. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia